OLEH:
SORAYA EGG
Selasa
Oktober 11/2016
1. ASAS penyertaan kita dalam gagasan Malaysia dengan
mengharapkan pihak persekutuan dapat melaksanakan empat tunjang
ini,keselamatan, pendidikan, pembangunan, dan agihan kuasa.
2.
Bagaimanapun secara RELATIFNYA keempat-empat asas tersebut boleh dikatakan
"gone case" jika kita bandingkan dengan pencapaian di Semenanjung
Malaysia serta negara-negara yang keluar/terkeluar dalam pembentukan Malaysia
(Brunei dan Singapore).
3. Antara penyebab
penting adalah "political dominant" UMNO di Semenanjung Malaysia dan
ketidakstabilan politik di Sabah. Ini membuka peluang pemimpin pusat campur
tangan bagi membawa masuk UMNO ke Sabah pada tahun 1990.
4. Pada
masa tersebut, kita sesama Bumiputera di Sabah bercakaran hanya kerana ingin
merebut kuasa dengan menggunakan Bangsa dan Agama sebagai agenda bagi
memenangi/meraih hati kaum masing-masung. Apabila berkuasa, ketidakadilan
agihan ekonomi dan kuasa sudah menjadi perkara lumrah.
5.
Keadaan sekarang telah berbeza UMNO di Semenanjung berpecah, juga tindakan yang
dimulakan oleh Tun M selamatkan Malaysia dan menggulingkan Najib. Siapa pernah
menyangka BN/UMNO di Semenanjung berpecah sebegitu teruk dan Sabah pula mula
semakin goyah?
6.
Apakah kita akan terlepas lagi peluang keemasan sebegini atau apakah kita perlu
memikirkan dan berjuang untuk kepentingan kestabilan politik di Semenanjung
yang kecelaruannya kini berada pada tahap gaban dan amat sukar dibetulkan?
7. Saya
katakan TIDAK PERLU. Kita mesti FOKUS menuntut HAK KITA dan memajukan diri agar
tidak terus bergantung harap kepada mereka. Jadikan empat perkara utama:
keselamatan, pendidikan, pembangunan, dan kuasa sebagai asas perjuangan agar
seimbang dengan apa yang ada di Semenanjung Malaysia malah kalau boleh lebih
baik kerana kita punya pelbagai sumber dan kekuatan.
8. Kita
hanya menuntut hak kita, simpanan deposit kita yang telah digunakan untuk
pembangunan di Semenanjung Malaysia semasa era-era pemerintahan sebelumnya.
Tidak salah mengambil hak dan pelaburan kita selama ini beserta keuntungannya
sekali.
9.
Ingatlah, jangan lagi kita bercakaran seperti sebelumnya. Kekalkan perpaduan
dan keharmonian kerana Sabah mempunyai potensi besar dan sumber hasil yang
banyak anugerah Ilahi yang belum diterokai.
10.
Sabah juga mempunyai pelbagai etnik yang mempunyai kepakaran, kemahiran, dan
kecenderungan yang berbeza. Gunakannya sebagai pertimbangan membangunkan
masyarakat di Sabah. InyaAllah, kita akan kekal bermuafakat.
11.
Seperkara lagi, kita mesti memilih pemimpin yang boleh membawa kemajuan kepada
kita secara kolektif, bukannya seseorang yang hanya boleh menjaga kepentingan
kita sahaja. Kerana rezeki Allah begitu luas. Apa yang kita mahukan adalah
seorang pemimpin yang kreatif yang boleh membuka peluang yang luas untuk kita
berusaha dan mendapatkan rezeki serta menjamin kelestarian anak cucu kita.
12.
Terpulanglah kepada kita untuk memilih senang atau susah. Itu hak kita.
No comments:
Post a Comment