BUKAN SAYA YANG MAKAN DUIT RASUAH KENAPA SAYA NGALABAH

SAYA NGELABAH & FITNAH?
OLEH: ISMAILY BUNGSU
Monday October 10/2016

RIBUT pula nama saya di facebook dan grup-grup whatsapp konon saya fitnah ketua menteri dan lalu kesan kasus Jabatan air, saya pula konon ngelabah.

Untuk apa saya ngelabah sebab bukan saya makan duit dan bukan saya rasuah dan saya hanya menulis peraturan-peraturan TRESURY INSTRUCTIONS dan kuasa Ketua Menteri dan kuasa PM yang diturunkan kepada Ketua setiausaha dan setiausaha Tetap kedua kementerian di pusat dan Sabah.

Nah, itu saja yang saya tulis dan yang saya katakan memang benar menteri bukan penjawat awam dan tidak ada kuasa pengerusikan tender dan tiada kuasa luluskan projek kecuali Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Sabah. Ini kena faham.

Setelah kasus Jabatan air diributkan maka ada dua hamba Allah menulis konon PENGARAH dan TIM KRONI DS SHAFIE APDAL dan sebelum menjawab saya mendiamkan diri dan ketika saya mendiamkan diri ramai hantar bahan balasan konon Pengarah dan timbalan pengarah serta dua menteri pantai timur macai Ketua Menteri dan saya berfikir dan berfikir.

Jabatan Air Sabah adalah kuasa Kementerian Kerja Raya Sabah dan semua Kementerian bawah MUSA AMAN selaku ketua menteri Sabah sedang DS Apdal tidak ada kuasa, biasa/malah mungkin tidak pernah jumpa TEO dan Awang Tahir itu, lalu kenapa dikaitkan? Nah, tentu ada niat lain ini.

Saya tidak terburu-buru menjawab dan lalu saya tulis satu nota dan nota itu tidak menyebut sesiapa dan cuma dalam gambar ada ayat begini:

".....Pengarah jabatan air proksi/kroni ketua menteri sabah dan timbalan macai kepada dua menteri dan adun pantai timur Sabah. BENAR??..."

Nah, fahami ayat itu ada tanda (?) sesudah benar. Itu makna bertanya bukan tuduhan. FAHAM?
KESAN saya tahu siapa sebenarnya bendahari itu dan mahu mencuba apakah yang berkenaan menjawab ikhlas atau usaha SPIN maka di para dua saya menulis begini:

".....Yang Berkenaan merupakan ahli Umno dan bendahari Bahagian UMNO Kimanis. KAJI!..."

Nah, di hujung ayat ada perkataan KAJI!! maksudnya dikaji dan itu sengaja dan kata " Yang Berkenaan" itu bukan ditujukan kepada pengarah tetapi yang berkenaan dan itu sengaja untuk ditujukan kepada yang menuduh pengarah dan timbalan pengarah kroni DSSA.

Hakikat sebenarnya memang bendahari sekarang ialah saudara Raymond tetapi sebelum Raymond duduk bendahari, siapa yang menjadi bendahari? Bukankan yang namanya Muslim Talib adik kepada Pengarah Air Sabah? Ada berani mengakui kenyataan ini?

Saya tidak mahu menyebut hal lain segala syarikat yang ditubuhkan dan restu atasan yang di gunung soal perawatan air dan pembaikan segalanya di Sabah dan biarlah SPRM menyiasat secara terperinci.

Pendirian saya jelas, siapa saja yang terlibat tak kesah sama ada DS Shafie Apdal atau Ketua Menteri atau siapa saja, sila siasat dengan ikhlas dan telus dan hukum ikut peraturan yang ada dan saya ulang saya lagi suka hukum rasuah ini diTEMBAK sampai mati macam di negara China sebab bikin susah rakyat.
Selesai


No comments:

Post a Comment