OLEH:
ISMAILY BUNGSU
Sunday
November 20/2016
DUIT bukan
segalanya tapi segalanya perlu duit. Itu hakikat dan fakta.
Dulu saya kata jika mahu
jadi calon election kena ada duit. Ada kata sejuta lebih dan saya kata siap
sekurang rm200k. Ada pula kutuk marah saya.
Jadi calon kena deposit, cetak
poster, jemput ceramah sedia minum makan sewa pa sistem, sewa kerusi bina
kemah, gaji lekat poster, gaji pekerja sewa kenderaan dan sebagainya. Belum
masuk hulur tambang pengundi yang BN ajar.
Memang macam-macam dan itu sebab wang bukan segalanya tapi segalanya
perlu wang.
Itu asasnya tapi mesti ada
ciri-ciri lain seperti peramah baik hati prihatin ringan tulang dan tidak lokek
tidak minum kopi sendiri dan terpenting akhlaknya baik bukan buruk perangai
suka cari musuh berkata kasar maki hamun.
Lalu sesudah jadi YB kesan menang apa tindakan dan harus kita
fikir? Apakah hanya duduk di kerusi dun atau parlimen?
Ramai yb ayam mati tak
bijak bicara di dun atau parlimen dan kekadang ada kelulusan tapi tak rajin
kaji sejarah, undang-undang, agama, sosial, ekonomi luar dalam negeri maka
ramai diam bacul angguk-angguk macam
uluntakuyung.
Inilah masalah calon
pilihan yang harus diperhatikan dan jika takut tak dipilih untuk musim
mendatang dan bacul di dun atau parlimen lebih baik undur dan berikan peluang
yang muda lebih intelek agressif dan berani demi rakyat.
No comments:
Post a Comment