PAS SETUJU TUBUH KERAJAAN CAMPURAN DENGAN UMNO SELEPAS PRU14 LIM GUAN ENG


OLEH DIYANA IBRAHIM



PULAU PINANG: Setiasaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata PAS jauh tersasar daripada kenyataan mereka untuk bersama parti pembangkang.

Keputusan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk tidak menyokong Pakatan Harapan menolak Bajet 2016 membuktikan parti Islam itu bekerjsama dengan Barisan Nasional (BN), kata Setiasaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Ketua menteri Pulau Pinang itu yang kesal dengan tindakan PAS untuk menolak Bajet 2016 sekaligus sebagai undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengatakan parti Islam itu jauh tersasar daripada kenyataan mereka sebelum ini untuk bersama parti pembangkang.

"Biar rakyat yang menilai mengenai keputusan PAS, bukan sahaja rakyat Malaysia namun penyokong mereka.

"Dahulu undi PAS adalah merupakan alternatif buat kita namun sekarang mereka tunjukkan mereka ingin bersama BN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvesyen Biasa Negeri Selangor DAP, 2015 di Petaling Jaya hari ini.

Sinar Harian melaporkan hari ini PAS mengambil langkah berkecuali daripada parti pembangkang lain untuk menolak usul Bajet 2016 dibentangkan Najib yang juga menteri kewangan pada 23 Oktober lalu.
Hadi dilaporkan sebagai berkata, kesemua ahli Parlimen PAS sebulat suara bersetuju dengan keputusan ini selain menjadi Penasihat kepada UMNO dan juga  PAS juga akan menubuhkan kerajaan campuran antara PAS dan UMNO selepas PRU14 nanti.