JANGAN SEBARKAN BERITA PALSU TENTANG EBBY YUS YANG DIDAKWA MENINGGAL DUNIA.....KEMELLIA

OLEH:  AZMIE AZMAN

TAWAU:- Seorang aktivis masyarakat yang tidak asing lagi  di negeri ini iaitu Dato Seri Paduka Dr Kemellia Hassan (gambar)  hari ini dalam wawancaranya dengan wartawan Hiburan The Sabah Insider melahirkan rasa kecewa dan kesal terhadap beberapa portal/blog yang telah menyiarkan tentang kematian seorang pelakon-pelawak erah 90 Ebby Yus yang didakwa telah meninggal dunia malam tadi.

“Setahu saya Ebby Yus memang terlantar di wad Hospitan Queen Elizabeth Kota Kinabalu selama 4 hari akibat masalah paru-parunya dan kini telahpun keluar hospital sudanpun kembali ke Kuala Lumpur” katanya.

Katanya para peminat setia lakonan Ebby Yus khususnya penduduk Sabah terkejut tiba-tiba dikhabarkan Ebby Yus meninggal dunia seperti yang dilaporkan oleh beberapa blog yang kurang bertanggungjawab itu.


“Blog yang menyiarkan berita palsu tentang kematian Ebby Yus adahlah rekaan semata-mata yang bertujuan berniat tidak baik disamping meraihkan popularity keatas kesusahan orang lain.

Saya amat mengutuk sekeras-kerasnya terghadap perbuatan orang-orang yang tidak bertanggungjawab yang sengaja ingin mengaibkan orang lain saya anggap perbuatan mereka lakukan itu adalah perbuatan paling jijik dan keji” katanya lagi.


Apapun saya selaku Pengerusi Ahli Lembaga Portal Online The Sabah Insider.Net termasuk bahagian pengurusan,penerbitan, Editorial dan krew serta para wartawan ingin mendoakan agar Ebby Yus sentiasa dalam keadaan sihat walafiat hendaknya Amin.