10 SUSPEK BUNUH ADUN ALUR LIMBAT DIREMAN LAGI

OLEH: KAMARUNDDIN AZMAN

KUALA TERANGGANU:- Sepuluh suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tembak mati bekas ADUN Alur Limbat, Marang, Alias Abdullah kini direman bagi membantu siasatan.

Dua daripada mereka dikehendaki polis, susulan maklumat yang diperolehi menerusi rakaman kamera litar tertutup, CCTV dari sebuah kedai runcit berhampiran lokasi kejadian, 5 November lalu.

Kesemua suspek berusia antara 21 hingga 44 tahun, dipercayai terlibat dalam satu kes tembakan di Pulau Kambing, pada 27 0gos 2015.

Mereka ditahan pada 6 November lalu sehari selepas rakaman CCTV didedahkan kepada umum.
Pada tujuh November lalu, suspek terbabit telah direman selama seminggu.

Bagaimanapun, tempoh itu dilanjutkan sehingga 19 November.
Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya, Mahkamah Sesyen, Kuala Terengganu, Muhammad Firdaus Abdul Rahim, pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan melalui siaran media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu kelmarin petang dan disahkan oleh Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Abdul Rahman.

Pihak polis percaya dengan penangkapan suspek terbabit kes berkenaan dapat diselesaikan.
Pada 9 Oktober lalu, Allahyarham Alias Abdullah, 51 tahun ditembak mati dirumahnya selepas pulang dari solat jumaat.
Mangsa ditembak di sebelah pipi kiri dan disahkan meninggal di Klinik Bukit Payong, Marang.


No comments:

Post a Comment