PENDUDUK PEDALAMAN MASIH KETANDUSAN KEMUDAHAN ASAS BEKALAN AIR BERSIH DAN JALAN RAYA...WONG

Tuesday  November 24. 2015

OLEH: SHAIMON S JUMADI &
ADMIN DAP

SANDAKAN:- Dalam  kontek melaksanakan pembangunan infrastrutur  dan kemudahan asas di negeri Sabah, nampaknya masih banyak tempat-tempat khususnya di kawasan pedalaman masih belum mendapat bekalan air dan elektrik, dan tidak mempunyai kemudahan jalan raya yang sempurna, seolah-olah tinggal di dunia asli, ini sukar dipercayai.

Jelas kegagalan peimipin kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sering melaung-laungkan tentang pembangunan asas tetapi tiada realitinya yang rakyat kecapi hanya kawasan-kawasan yang diwakili DUN BN saja yang diambil berat sementara kawasan DUN/MP yang diwakili oleh pembangkang terus rakyat menderita buat selama-lamanya ini adalah dasar kerajaan BN yang sudah termaktub seperti  Rakyat didahulukan dan Pencapaian diutamakan tidak selaras slogan ini digunapakai.
 
Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong menggesa kerajaan pandang serius terhadap masalah kemiskinan kawasan luar bandar, kerana walaupun negara kita telah ditubuhkan selama 52 tahun, dan dikatakan akan menjadi negara maju menjelang tahun 2020, tetapi masih banyak kampung tidak dibekalkan kemudahan asas seperti bekalan air, ini amat menyindirkan!

Wong berkata demikian dalam peringkat perdebatan bajet 2016 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Kata Wong, setiap kali semasa beliau masuk ke kampung yang tidak dibekalkan air dan elektrik, beliau tidak dapat menggambarkan bagaimanakah kehidupan mereka, kini setengah abad telah berlalu, penduduk-penduduk kampung berkenaan masih berada dalam keadaan yang mundur, ini merupakan kegagalan yang paling besar kerajaan persekutuan!

PENDUDUK PEDALAMAN .....Tiada bekalan air terpaksa guna air longkang sebagai sumber bekalan air untuk mandi dan membasuh


Beliau memberi banyak contoh untuk membuktikan kerajaan telah mengabaikan pembangunan kawasan luar bandar Sabah, mengakibatkan penduduk kampung tidak dapat menikmati bekalan air dan elektrik, iaitu kemudahan yang paling asas dan juga hak yang sepatutnya dinikmati secara sama rata.

Wong berkata, dalam sesi parlimen yang lalu, beliau telah membentang bahawa lebih kurang 2 ribu penduduk di dalam 7 buah kampung di kawasan Pitas telah lama menunggu kerajaan merealisasikan janji untuk membina jalan raya, dari tahun 1999 sehingga kini 16 tahun telah berlalu, penduduk masih belum nampak kerajaan menunaikan janji, akhirnya penduduk kampung mengutip derma di merata-rata tempat untuk membina jalan raya dengan keupayaan diri. Ini sebenarnya tanggungjawab kerajaan, tetapi kerajaan tidak dapat melaksanakannya, sebaliknya rakyat yang membina jalan, ini tidak masuk akal langsung!

Kata beliau, disebabkan tidak mempunyai jalan raya yang baik, penduduk kampung terpaksa mengangkut barang melalui sungai, tetapi apabila air sungai kering, penduduk kampung tidak dapat mengangkut barang seperti makanan dan barang kegunaan harian. Mereka juga tidak dibekalkan air dan elektrik, sekiranya tiada hujan dan air sungai kering, maka mereka akan mengalami masalah ketiadaan air.

DAP Sabah dengan usaha pasukan Impian Sabah, mendapatkan derma daripada masyarakat dan bantuan daripada sukarelawan, telah melawat ke beberapa kampung untuk membantu menjalankan projek pembangunan infrastruktur asas, seperti Kg Pangi di Tenom, Kg Samparita Laut di Kota Marudu, Kg Dowogun di Pitas, Ulu Papar di Penampang dan lain-lain. Disebabkan selama ini tiada bekalan air, Impian Sabah membantu penduduk tempatan membina dan memasang paip bawah tanah, menyambungkan air sungai supaya penduduk dapat bekalan air tanpa memanjat ke atas bukit. Ini menunjukkan apa yang kerajaan tidak dapat buat atau tidak ingin buat, DAP selaku parti pembangkang akan membantu rakyat sedaya upaya.


Yang paling teruk ialah, 95 keluarga yang tinggal di Kg Linsosod di Keningau, dimana jarak kampung dengan pekan Keningau hanya 20minit menggunakan kenderaan, tidak sejauh dengan kampung di kawasan pedalaman yang lain, ia juga tidak mendapat bekalan air.

“Kami telah melawat ke kampung tersebut dan mendapati pada 2 tahun yang lalu, kerajaan telah memasang paip, tetapi tidak menyambungkan air. Walaupun berdekatan dengan pekan, tetapi masih tidak dibekalkan sumber air, ini menunjukkan kerajaan tidak menepati janji rakyat didahulukan!”

“Manakala 2 ribu penduduk dalam 5 buah kampung di Mukim Bunga Raya Keningau juga tidak dibekalkan sumber air. Kawasan Matunggong di Kota Marudu pula juga mengalami masalah paip dipasang tetapi air tidak sampai.  Di kawasan Pensiangan juga dipasang tiang solar oleh kerajaan, kabel telah dipasang tetapi elektrik tetap tiada.”

Di kawasan Kota Belud, disebabkan kejadian gempa bumi sebelum ini, paip di beberapa kampung mengalami kerosakan, kerajaan juga berjanji akan memperbaiki paip-paip tersebut, tetapi hampir setengah tahun berlalu, langsung tiada sebarang berita.
Kata beliau, dipercayai terdapat banyak kampung yang mengalami masalah dan kesusahan yang sama, oleh itu beliau menyeru kerajaan supaya prihatin dan mengambil berat, menambahkan peruntukan dalam bajet, supaya semua kampung mendapat bekalan air dan elektrik sebelum tahun 2020, ini merupakan tanggungjawab kerajaan yang paling asas! Jika tidak reti melakukannya, maka tukarlah orang!


Selain itu, Wong juga mempertikaikan statistik dalam Rancangan Malaysia ke-11. Menurut RMK11, kerajaan menunjukkan bahawa liputan bekalan elektrik di kawasan luar bandar Sabah setinggi 94.1%, manakala liputan bekalan air sebanyak 80.6%, liputan bekalan air di seluruh Sabah pula sebanyak 95.7%.

“Bukan saya tidak mempercayai statistik ini, tetapi setiap kali saya pergi ke kampung yang tiada air dan elektrik, semakin saya mempertikaikan kesahihan statistik ini. Bagaimanakah statistik ini dikira? Adakah statistik ini menggambarkan keadaan yang sebenar?”

Beliau menggesa kerajaan memberikan statistic yang lebih teliti, berapakah kampung dan populasi yang masih tidak mempunyai bekalan air dan elektrik, dan apakah usaha kerajaan supaya mereka dibekalkan air dan elektrik.

Wong berkata, kerajaan bermatlamat agar liputan bekalan elektrik di kawasan luar bandar Sabah mencapai 99%, dan liputan bekalan air mencapai 98% sebelum tahun 2020, tetapi beliau tidak percaya ia akan tercapai.

Sementara itu, dalam bajet kali ini, kerajaan memperuntukkan RM478juta untuk kegunaan bekalan elektrik di kawasan luar bandar Sabah, Wong bertanya bagaimanakah kerajaan akan menggunakan peruntukan ini? Kampung apakah yang akan dimanfaatkan? Berapakah populasi yang mendapat manfaat?

Pada pandangan beliau, disebabkan kerajaan kekurangan ketelusan, banyak peruntukan yang diberikan tidak nampak hasil kesannya.

Menurut rancangan kerajaan, kerajaan akan memperuntukkan RM2.8billion dalam masa 5 tahun ini untuk kegunaan pembangunan bekalan air di kawasan luar bandar Sabah, tetapi tahun depan hanya diberikan RM200juta, tidak sampai 10% pun. Beliau berharap peruntukan ini dapat ditambah, sekurang-kurangnya ditambahkan kepada RM500juta, supaya lagi banyak kampung dapat menikmati bekalan air.

Beliau juga bertanya, RM1.1billion yang diperuntukkan untuk pembangunan jalan raya kawasan luar bandar di seluruh negara, berapakah yang diberikan kepada negeri Sabah? Beliau berharap soalan-soalan ini dapat dijawab.


Rumah-rumah di kawasan perkampungan yang tiada bekalan air bersih sebagai sumber mereka terpaksa menggunakan air longkang, air parit yang agak kotor dijadikan sumber bekalan air untuk mandi dan membasuh.

No comments:

Post a Comment