KEMELLIA....PENJUAL ROKOK SELUDUP SEMAKIN MENULAR DI SANDAKAN,KK TAWAU DAN LAHAD DATU

OLEH: SHAIMON S JUMADI


PEROKOK....Lebih minat membeli rokok seludup murah harganya berbanding rokok bercukai harga terlalu mahal

PENJUALAN rokok seludup di Sabah memang sukar hendak di basmi walaupun pihak kerajaan khususnya pihak Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia telah mengenakan undang-undang di bawah Seksyen 135 (1)(d)  Akta Kastam 1967 yang membawa denda sebanyak RM1,400 dan hukuman penjara 2 bulan mana kala barang-barang seludup dirampas.
 
Di Sabah yang menjadi tumpuan penjual rokok seludup antara yang terbesar ialah di Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu, Semporna dan juga Tawau termasuk di mana-mana tempat yang tidak sempat disebut.

Kebanyakan orang yang menjual rokok seludup mereka adalah Pilak (filipin) yang berkeliaran di pasar-pasar umum mereka seakan-akan tidak lagi takut dengan pihak Kastam.

Disebabkan kerapnya pihak ESSCOM membuat tangkapan tukang membawa rokok seludup di atas bot maka harga rokok tanpa cukai semakin hari semakin meningkat harganya contoh sebelum ini harga rorok ASTRO merah-hijau sebungkus cuma RM2.00 kini telah mencecah RM5.00 hingga RM6.00

Pendedahan ini dinyatakan oleh Dato Seri Paduka Dr Kemellia Hassan Aktivis Masyarakat kepada media portal The Sabah Insider.Net hari ini mengenai aktiviti-aktiviti penjualan rokok seludup yang sukar dibendung.

“Menang sukar juga hendak dibendung selagi orang ramai jadi pelanggang tunggal membeli rorok seludup  itu berbanding rorok yang bercukai harganya lima kali lipat ganda dengan rorok seludup rasanyapun tiada bezanya.

“Membezakan rokok bercukai ada tanda amaran kerajaan Malaysia merokok membahayakan kesihatan akan tetapi rokok seludup tiada apa-apa tanda amaran.” Katanya lagi dengan panjang lebar.



No comments:

Post a Comment