PELAWAK-PELAKUN YUSRRY EDOO KUMPULAN JAMBU KEMBALI KERAHTULLAH SELAMAT DIKEBUMIKAN

Tuesday December 01.2015

OLEH: KAMARUL ZAMAN


KUALA LUMPUR:- Para peminat  seni lakanan tanah air telah kehilangan seorang pelakon dan pelawak, Yus Jambu atau nama sebenar, Yussry Edoo, 39 tahun diberitakan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di Hospital Selayang, sebentar  malam tadi.

Menurut makluman yang diterima, Yus atau lebih dikenali dengan gelaran Pak Yus rebah ketika mengadakan persembahan dan terus dikejarkan ke hospital.

"Saya dimaklumkan oleh Abang Afdlin mengenai perkara itu. Dia meminta supaya kami mendoakan kesihatan Pak Yus.."

"Tidak lama selepas itu, kami diberitahu Pak Yus sudah tiada lagi. Buat masa ini, hanya itu saja yang dapat yang dapat saya kongsikan.

"Saya dalam perjalanan ke Hospital Selayang untuk menziarahi jenazah arwah," kata Sherry Al Hadad, sahabat kepada arwah.

Hasil tinjauan dilaman sosial, ramai diantara rakan artis tersebut turut memuat naik status dan gambar di media sosial bagi memaklumkan mengenai berita kematian pelawak itu.
 
Wartawan media portal The Sabah Insider mendapati bahawa tentang kematian Pak Yus adalah berita  sahih dan benar bukan cerita direka-reka seperti berita yang dakwaan pelawak dan pelakon Veteran Ebby Yus dan pelakon veteran Datuk Jalaluddin Hassan di khabarkan meninggal dunia seperti yang laporkan dui media-media porta

No comments:

Post a Comment