JALAN KG BIDAYUH LUSUT MIRI PERLU DITURAP UNTUK KESELESAAN PENDUDUK

Tuesday November 24.2015 

OLEH: LEONARD ANAK JUKAM

 ROSAK TERUK.....Jalan Kampung Bidayuh Lusut Miri perlu dinaik taraf demi keselesaan penduduk setempat

MIRI:- Kerosakan Jalan sejauh 100 meter penghubung antara  kampung Bidayuh Lusut Miri sehingga kini masih belum di turap lagi, sedangkan jalan-jalan ke kampung lain semuanya telah dinaik taraf.
 

Seorang pemilik akaun laman social FB Kuding King II  ( gambar) melaporkan melalui Suara Dayak Sarawak yang mengeposkan gambar ini mendapati kerosakan jalan di Kampung Bidayuh Lusut Miri di bawah DUN N62 kawasan Lambir Ripin Lamat dan Parlimen P.128 Sibuti diharap dapat turung  padang bagi meninjau sendiri agar mengetahui akan masalah dan keadaan jalan sebenar.


“Kami penduduk di Kampung Bidayuh Lusut Miri memang  dahagakan kemudahan asas daripada pemimpin-pemimnpin kerajaan Barisan Nasional (BN) harap Wakil Rakyat N62 Lambir  dan Ahli Parlimen P128 Sibuti agar dapat menunaikan permintaan para penduduk berkenaan untuk keselesaan kami”” katanya lagi.


“Saya bagi pihak penduduk Bidayuh Lusut Miri mengucapkan terima kasih kepada Wartawan The Sabah Insider.Net saudara Leonard Anak Jukam  kerana sudi menyiarkan berita ini semoga mendapat perhatian daripada pihak kerajaan” ujar Kuding.

No comments:

Post a Comment