KEMELLIA ......SOKONG PEMBETUKAN PUSAT KHIDMAT RAKYAT DAP SANDAKAN BANTU ORANG MISKIN

Friday November 27.2015

OLEH: SHAIMON S JUMADI

PEMBENTUKAN Pusat Khidmat Rakyat yang dikendalikan oleh Pejabat Parlimen Sandakan (DAP) adalah menjurus kepada membantu rakyat khususnya masyarakat yang dalam kedaifan atau bahasa  yang lebih jelas miskin tegar.

Syabas pihak pejabat Parlimen Sandakan kerana mempunyai  daya pemikiran praoktif dan inovatif membentuk pusat khidmat rakyat yang bertujuan untuk menjalankan kerja-kerja amal jariah bagi membantu golongan daif tidak kira apa bangsa dan agama yang memerlukan pertolongan.
 
Usaha murni seumpama ini harus dicontohi oleh badan-badan NGO, pertubuhan-pertubuhan poltik sama ada dipihak kerajaan mahupun pembangkang adalah wajar membentuk Pusat Khdmat Rakyat di satu-satu kawasan DUN mahupun parlimen yang diwakili.

Sebagai aktivis masyarakat saya memang mengikuti perkembangan dan perjalanan politik tanah air walaupun pada hakikatnya saya tidak berminat menceburi gelanggang politik akan tetapi sedikit sebanyak saya mahu tahu juga akan perkembangan politik semasa.

Pusat Khidmat Rakyat yang diketuai oleh Amsi Liew Pegawai Khas 1 dan Dayang Siti Zubaidah Datu Tahil Pegawai Khas 2 kepada Ahli Parlimen Sandakan (DAP) banyak memainkan peranan dalam membantu masyarakat yang memerlukan bantuan seperti warga emas anak-anak yatim dan juga golongan miskin sentiasa mendapat perhatian dan mereka tidak terpinggir” Kata Dato Seri Paduka Kamellia Hassan Pengerusi Ahli Lembaga The Sabah Insider ketika diminta pendapatnya mengenai pembentukan Pusat Khidmat Rakyat DAP itu.
 
“Syabas Amsi Liew, Bryan Chang Basith  Hj Osman dan Dayang Siti Zubaidah teruskan khidmat bakti kepada masyarakat semoga mendapat keredhan dari Allah SAW atas jadi budi baik kalian yang suka membantu kepada insan-insan yang memerlukan” kata Kemellia lagi.



No comments:

Post a Comment