PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN SANDAKAN (DAP) BANTU ORANG DAIF

Friday November 27.2015

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Pusat Khidmat Rakyat di bawah kelolohan Pejabat Parlimen Sandakan (DAP) ditubuhkan bertujuan untuk membantu masyarakat yang dalam kesusahan dan memerlukan bantuan.

Pusat Khidmat Rakyat ini diketuai oleh Amsi Liew Pegawai Khas 1 dan dibantu oleh Dayang Zubaidah Datu Tahil Pegawai Khas 2 kepada Ahli Parlimen Sandakan yang bertanggungjawab sepenhuhnya mengendalikan tugas-tugas membantu masyarakat yang memerlukan.

Pagi tadi Zubaidah melakukan kerja amal jariah di mana beliau telah membantu menjelaskan bil bagi pembayaran perongkosan rawatan bersalin di Hospital Duchess of Kent Sandakan iaitu  Merilyn  Tulin isteri kepada Mursidi Murphy yang tinggal di rumah nombor 166 Jambatan 11 Kampung Berhala Darat Sim-Sim.

Dayang berkata dengan adanya bantuan sebegini rupa yang dikendalikan oleh Pusat Khidmat Rakyat ia dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga Merilyn yang dalam kehidupan serba serbi kekurangan.

Selanjutnya suami Merilyn, iaitu  Mursidi mengucapkan terima kasih kepada pihak Pejabat Ahli Parlimen Sandakan (DAP) walaupun dipihak parti pembangkang tetapi masih mampu membantu rakyat yang dalam kesusahan.





No comments:

Post a Comment