SEMAKIN HARI SEMAKIN RAMAI KETUA-KETUA CAWANGAN UMNO DESAK NAJIB LETAK JAWATAN

Tuesday November 24.2015

OLEH: KAMARUDDIN ZAMAN

KUALA LUMPUR:- Semakin hari semakin ramai di kalangan ketua-ketua cawangan UMNO di beberapa ne
geri mulai berani menyuarakan tidak kepuasan terhadap pimpinan Dato Najib Tun Razak  bukan saja sebagai Perdana Menteri bahkan juga Presiden UMNO.
Sementara Ketua-Ketua Cawangan UMNO di Sandakan Pantai Timur dari Tawau, Semporna, Kalabakan, Kunak, Lahad Datu dan Sandakan juga akan mengikut jejak langkah 10 ribu ketua ketua cawangan di lima negeri akan mendesak Najib supaya berundur, ini satu petanda baik untuk menyelamatkan UMNO bila menghadapi PRU14 nanti.

Seandainya Najib berdegil dan enggan menuruti kemahuan 10 ribu atau lebih dari itu ketua-ketuqa cawangan UMNO yang mendesak Najib berundur kemungkinan besar mereka akan keluar meninggalkan UMNO kemudian menyertai parti Pakatan Harapan ini tidak mustahil.

The Sabah Insider.Net kini telah menempatkan beberapa wartawan di negeri-negeri untuk mengikuti perkembangan UMNO yang kini telah dilanda krisis dalaman.

“Kami mahu menyelamatkan UMNO tetapi Najib mesti berundur dari PM dan Presiden UMNO kalau tidak UMNO/BN akan hancur pada PRU14 nanti ini bukan perkara main-main ini perkara akan menjadi kenyataan” kata suara 10 ribu Ketua-Ketua Cawangan UMNO

Berikut petikan berita dari Sinaran Harapan

DESAK NAJIB.....Gambar sebahagian Ketua-Ketua Cawangan UMNO desak Najib berundur

PUCHONG: Lebih 200 ketua-ketua UMNO cawangan seluruh negara akan mengadakan sidang media pada 27 November untuk mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai Presiden parti.

Ketua UMNO Cawangan Kampung Railway, Mohd Said Midon berkata, kumpulan terbabit termasuk daripada sayap parti iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

“Kami tidak akan berhenti mendesak sehingga dua tuntutan dipenuhi,” katanya sambil menambah tempat sidang media itu akan dimaklumkan kemudian.

Mohd Said berkata, dua tuntutan itu ialah mendesak Najib meletak jawatan sebagai Presiden dan digantikan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, negara menghadapi banyak masalah yang menjejaskan rakyat dan menjadi tanggungjawab ahli UMNO untuk mengambil tindakan untuk agama, bangsa dan negara.

Mohd Said berkata, ketua-ketua UMNO cawangan di seluruh negara akan membuat siri-siri sidang media secara berterusan sebagai tekanan kepada Najib.

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, terdapat dalang yang membayar ketua-ketua UMNO cawangan membuat kecoh menjelang Perhimpunan Agung UMNO, bulan depan.

Katanya, dalang itu sedang rancak menjelajah ke seluruh negara untuk menghasut ketua-ketua UMNO cawangan bagi mendesak Najib meleta jawatan.

“Dalang ini sedang jaja (hasut) ketua cawangan seluruh negara minta sokongan 100 ketua cawangan untuk tolak Presiden.

“Mereka ini dibayar dengan duit. Mereka buat kecoh (untuk ganggu perjalanan) perhimpunan agung, ” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian

JOHOR BAHRU:- Sebanyak 81 orang ketua cawangan dari lapan bahagian Umno Johor hari ini mendesak presiden parti, Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.
DESAK NAJIB BERUNDUR....Ketua-Ketua Cawangan UMNO mahu Najib meletakan jawatan


Menurut jurucakap kumpulan itu, Ketua Umno cawangan Bandar Pulai Jaya 2, Zairuddin Hamid, beliau tuntutan itu dibuat kerana Najib banyak melakukan kerosakan pada parti.
"Presiden Umno perlu letak jawatan kerana banyak kerosakan yang dilakukan.
"Jangan rosakkan lagi Umno. Lakukanlah pemilihan parti dengan segera. Ia perlu dijalankan dan tak perlu ditangguhkan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pusat Sukan Skudai, Johor Bharu, pada malam tadi.
Umno di Johor mempunyai 26 bahagian.
Walaupun pada malam ini hanya lapan bahagian sahaja yang hadir memberi sokongan, namun Zaharuddin berkata beliau percaya majoriti anggota Umno di negeri itu turut bersependapat dengan mereka.
"Saya percaya majoriti bersama dengan kita. Malam ini hanya lapan sahaja yang hadir kerana faktor jarak dan tempat," katanya.
Ketika ditanya sama ada pihaknya merancang untuk mengadakan sebarang gerakan untuk memberi tekanan agar Najib meletakkan jawatan sebagai presiden parti, Zaharuddin berkata ia masih pada peringkat perbincangan.
Bagaimanapun beliau percaya akan lebih banyak cawangan parti itu di seluruh negara yang akan mengadakan sidang media menggesa Najib berundur.
"Perkara itu di peringkat perbincangan. Mula-mula kita kena ada sesuatu yang utuh dan baru bertindakan balas. Insya Allah itu akan dibincangkan," katanya lagi.
Bulan lalu, seramai 13 ketua cawangan Umno sekitar Telok Kemang mendesak Najib meletak jawatan.
Pada Rabu lalu pula sekumpulan pemimpin akar umbi Umno yang mendakwa mewakili 20 cawangan parti itu di Sepang turut menggesa agar perdana menteri melepaskan jawatan.



No comments:

Post a Comment