JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT BANTU CHAN.....KATA CHANG

OLEH: SHAIMON S JUMADI

BINCANG...Chang sedang bincang sesuatu dengan Chan

SANDAKAN:- Dalam tinjauan Jawatankuasa Penaja DAP Cawangan Tinosan yang diketuai oleh Brayan Chang Shak Hung selaku Setiausaha DAP Sandakan kerumah warga emas Chan berusia 87 di kediamannya di Taman Merpati  sambil  menyalurkan bantuan makanan dan lain-lain keperluan kelmarin pagi di Taman Merpati.

Janji tetap janji maka segala janji Chang yang akan membantu Chan yang dalam keadaan daif (miskin tegar) sudah tertunai di mana pagi tadi Chang telah membawa beberapa orang pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat pergi rumah warga emas itu.

Dalam pertemuan antara pegawai Jabatan berkenaan mereka mengadakan temuduga sambil mengising borang bagi mendapatkan bantuan daripada pihak kerajaan khususnya Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Nampaknya kerja kami walaupun daripada pihak DAP yang merupakan parti  pembangkang tetapi kami juga manusia punya hati perut maka wajar kami membantu yang terdaya supaya Chan dan keluarganya dapat menikmati kehidupan macam insan-insan lain .

“Saya bagi pihak DAP mengucapkan terima kasih kepada pegawai-pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat  kerana sudi membantu kepada Chan dan kelaurganya dalam kedaifan itu semoga Tuhan akan memberi hidayat dan rahmat kepada kamu atas khidmat yang telah dicurahkan itu” kata Chang lagi.








No comments:

Post a Comment