PEMBENTANGAN BAJET 2016 TIDAK MENGGEMBIRAKAN RAKYAT

NUKILAN DARI HATI KEHATI
NURLIYANA ABDULLAH

NAMPAKNYA  melalui media TV dan Utusan pujian begitu hebat terhadap bajet 2016 yang dibentangkan oleh PM dan sebalik kegembiraan itu ramai yang tidak tahu dan gagal mengkaji hakikat sebenarnya.

Yang jelas bajet berkenaan untuk kementerian2 kena potong sekitar 20-30% terkecuali bajet untuk Jabatan Perdana Menteri bertambah RM20 bilion.

Hakikat jelas dimusim PM Pak Lah bajet untuk JPM hanya sekitar RM8 juta dan ada bajet berkenaan dikategorikan sebagai perbelanjaan tanpa rekod.
 
Rakyat akan mula merasakan susah sebab subsidi barang2 keperluan seperti tepung, minyak masak termasuk beras seperti diumum akan ditiadakan makna harga akan meningkat.

Semua universiti sejumlah 1.4 bilion dikenakan potongan dan kesannya universiti kekurangan sekitar 200-300 juta dan untuk menampung masalah kekurangan ini maka yuran universiti terpaksa dinaikkan untuk menambung perbelanjaan yang tidak mencukupi dan ada sekolah diuniversiti dikecilkan bernaung bawah satu fakulti lain.

Terkait dengan universiti ini segala biasiswa termasuk yang diberikan melalui MARA akan dihapuskan dan ini menambah berat beban anak-anak yang mahu melanjutkan pelajaran ke Universiti.

Rakyat termiskin yang selama ini menerima subsidi letrik percuma bil bawah RM20 tidak akan ada lagi dan rakyat kena membayar sendiri mulai tahun hadapan.

Pembinaan Hospital puncak yang asal kosnya sekitar RM600 juta dan tiba2 meningkat ke RM8 bilion dan ini akan diurus oleh kroni termasuk 6 buah Uitm baru diswastakan dan kroni juga yang melaksanakan pembinaannya secara award.

Menurut laporan pembentangan cukai GST akan diperolehi sebanyak RM39 bilion dan ini semacam tidak lojik kecuali setiap rakyat membayar RM1,300 seorang dan ianya menjadi lojik jika GST dinaikkan hingga 10% dan ini sudah jelas.

Ini antara asas2nya yang boleh dikira bahawa kerajaan terpaksa menaikkan GST dan mengurangkan perbelanjaan kesan ketidak cekapan mengurus negara dan tidak boleh tidak kesan minyak tidak menjanjikan pendapatan menampung berpebelanjaan negara, maka GST terpaksa dinaikkan dan subsidi ditiadakan.


Kesannya rakyat kena ikat perut melalui bajet 2016 nanti.