TAK SEMUANYA ORANG MALAYA ITU TAMAK ATAU HALOBA DAN RAKUS


OLEH: ISMAILY BUNGSU

KENAPA kita asyik salahkan Malaya? Kita kutuk Malaya. Tidak semua yang di Malaya itu jahat, rakus, tamak dan haloba. Ramai yang baik dan mahu bantu kita dalam pelbaga aspek.

Hakikat jelas majoriti Malaya mahu bantu kita tetapi kita sendiri yang menolak dan menangkan parti BN/UMNO di PRU-13 yang lalu. Lalu mahu salahkan mereka?

Cuba saja kita kaji. Kaji betul-betul. Buka mata lebar-lebar  dan buka telinga dan kita bicara telus ikhlas terus terang. Elak tapok-tepok .

PRU-13 PR memang dapat undi 52% dan BN hanya dapat 47% itulah FAKTAnya bukan Auta. Benar?

Cuma BN menang kerana kelebihan 33 kerusi. Ini fakta dan kesan itu, maka BNlah yang duduki kerusi Putrajaya.
Apa itu bukan fakta?

Baik, cuba kira Sabah ada 25 kerusi MP dan Sarawak ada 31 kerusi MP makna 56 kerusi dan PRU lalu sekitar 44 kerusi MP sokong BN dan bukankah itu jelas orang Sabah dan Sarawak menangkan BN?
Katakan esok semua 56 kerusi MP Sarawak dan Sabah adakan undi tidak percaya di Dewan, bukankah BN tersungkur?

Inilah faktanya, lalu kenapa asyik disebut dikatakan Malaya yang jahat dan tidak betul?

Kenapa tidak salahkan diri sendiri yang terus mengundi BN yang menyebabkan BN berkuasa?

Kenapa mahu salahkan orang lain kalau sendiri memang bersalah?

Seterusnya kita katakan lagi undi parti lokal dan apakah jika parti lokal menang bakal berjaya mengubah kepimpinan Nasional?

Untuk ubah kepimpinan Nasional yang kuasai WANG DISATUKAN termasuk POLIS, Pendidikan, tentera, Kehakiman, Minyak dan segala macam kena menangi dulu lebih 112 kerusi MP. Selagi tak berjaya duduki kerusi di Putrajaya, maka jangan mimpi di siang hari dan kesannya tetap juga Najib jadi PM.

Menanglah parti lokal di Sabah dan kerajaan federal masih bawah BN maka itu akan sia2 jawabnya dan sama seperti kemenangan PBS dalam tahun 1985 dulu dan apa jadinya PBS kala memerintah dulu?
Bukankah kemenangan PBS parti lokal itu sudah jelas tidak dapat membawa apa-apa perubahan kerana agensi kerajaan termasuk WANG DISATUKAN dikuasai oleh kerajaan persekutuan bawah BN.

Keadaannya sama seperti sekarang ini di Kelantan, Pinang dan Selangor tetapi Selangor dan Pinang negeri kaya dan Kelantan apa jadi, hidup segan mati tak mahu dan akhirnya 5% hasil petronas di Kelantan menjadi wang IKHSAN ditadbir sendiri oleh BN dan bukan kerajaan Kelantan.

Jangan lupa ketika PBS berkuasa di Sabah, bukankah telah ditubuhkan JABATAN PEMBANGUNAN NEGERI SABAH dan semua dikuasai oleh kerajaan federal? apa kita lupa itu?

Apakah kita tidak tahu atau pura2 tidak tahu atau sengaja membutakan mata dan hati serta menuliskan telinga dan terus mendendangkan lagu sumbang untuk rakyat percaya?

Rakyat Sabah kena tahu kuasa kerajaan Negeri dan kuasa kerajaan Persekutuan dan itu sebab berulang saya katakan rakyat Sabah harus memberikan sokongan sepenuhnya kepada parti PAKATAN HARAPAN.
Kenapa saya berkata demikian?

Untuk kuasa kerajaan persekutuan, kita kena menangi lebih 112 kerusi MP untuk tumbangkan BN dan apakah parti lokal boleh menangi lebih 112 kerusi MP di Malaysia?

Hakikat jelas parti lokal hanya "fight" untuk menangi 25 kerusi MP di Sabah dan apakah sekadar 25 kerusi kita bisa jatuhkan BN di peringkat Nasional?
Rakyat kena faham ini bha!

Hakikat sebenar hanya dua parti sahaja yang boleh perintah Malaysia dan duduki kerusi di Putrajaya iaitu BN atau PAKATAN HARAPAN sebab kedua2 parti ini sahaja yang bakal tandingi kesemua 222 kerusi MP di Malaysia dan parti lain termasuk PAS dan parti2 lain yang tidak bergabung baik di BN atau PH tidak akan tandingi 222 kerusi berkenaan/kalaupun bertanding maka jawabnya pasti kalah.

Soalnya sekarang selain PKR DAP, BN, berapa kerusi parti lain kerusi MP di Sabah? jawabnya ZERO kecuali BN dan PKR serta DAP.

Di Sabah sekitar 11 kerusi MP/DUN di dalam genggaman PAKATAN HARAPAN sekarang dan STAR hanya satu kerusi DUN Bingkor dan selebihnya BN.

Cara terbaik semua parti lokal mesti bergabung. MESTI dengan PAKATAN HARAPAN dan jika enggan dan semua mahu tunjuk kekuatan, maka jawabnya "SIA2" dan rakyat kena faham bahawa parti Nasional yang namanya PAKATAN HARAPAN bukan parti Malaya tetapi PARTI NASIONAL.

Iya, PARTI NASIONAL bukan parti Malaya dan PAKATAN HARAPAN ini saja yang bakal memberikan harapan sebab perjuangan mereka jelas AUTONOMI dan PERJANJIAN 63.

Ingat, jangan kerana lantaran BN memiskinkan kita, lalu kita menghina kutuk Malaya meski majoriti di Malaya mahu bantu kita dan yang rakus, haloba itu hanyalah kepimpinan atasan UMNO yang korup dan membangsatkan bangsa Melayu sendiri. Itu Malaya sendiri tidak suka.

Dari itu pesanan rakyat Sabah yang berketurunan Kadazan, Murut, dan Dusun janganlan anggap seorang orang Malaya itu jahat sekiranya Parti Amanah Negara (PAN) Parti KeAdilan  Rakyat (PKR) dan Parti DAP di mana ketiga-tiga parti ini adalah diasaskan di Semenanjung  akan tetapi kalau masa PRU14 nanti mereka meletak calun-calun yang bertanding menentang BN/UMNO tetapi mereka terdiri dari orang-orang tempatan maka wajarlah kita sokong berikan kemenangan.


Insya Allah dengan adanya kita bersatu untuk mengundi ketiga-tiga parti itu yang bertanding di Sabah maka akan nampak kesudahannya parti seperti PKR-AMANAH dan DAP akan berjaya bukan saja membentuk kerajaan di peringkat persekutuan bahkan berjaya membentuk kerajaan Negeri.