BANJIR BESAR MELANDA TENOM 468 MANGSA DIPINDAHKAN DI PUSAT-PUSAT PEMINDAHAN



Friday November 27.2015

OLEH: THOMAS SUNGGIUK

TENOM:- Pihak pasukan penyelamat telah memindahkan seramai 468 penduduk daripada empat buah kampung yang membabitkan 142 keluarga ke pusat-pusat pemindahan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Bencana Alam ini ekoran banjir besar yang melanda di daerah itu kira-kira jam 4.00 petang tadi

MANGSA BANJIR.....Ditempatkan dipusat-pusat pemindahan


Pegawai Daerah Tenom Madiyem Layapan berkata, paras air sungai Padas naik 176.98 meter pada jam 4.00 petang kelmarin berikutan hujan lebat yang berterusan sejak Selasa menyebabkan beberapa buah kampung dilanda banjir.

Katanya, kampung-kampung yang terlibat terdiri dari Kg. Ponontomon, Kg. Labut 1, Kg. Labut 2 dan Kg. Lalandang. Walau bagaimanapun katanya, bilang penduduk yang dipindahkan dijangka akan bertambah kerana proses pendaftaran masih dijalankan sehingga petang kelmarin.

TENGGELAM...Kawasan ditenggelami air sedalam 5 meter



Dalam pada itu katanya, bantuan makanan daripada Jabatan Kebajikan telah pun diagihkan kepada penduduk yang telah berpindah ke pusat-pusat pemindahan.

Madiyem turut mengingatkan oran ramai di sekitar daerah ini agar mengambil langkah berjaga-jaga dan berpindah ke pusat pemindahan jika diarah berpindah untuk memudahkan proses penghantaran bantuan makanan.

“Penduduk kampung dan orang ramai juga dinasihati untuk berpindah ke tempat yang lebih selamat apabila terdapat tanda-tanda banjir dengan membawa dokumen penting termasuklah kad pengenalan dan surat beranak” tegasnya.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan oleh pihak polis dan semua jabatan kerajaan dan agensi terlibat telah pun dikerah untuk memastikan proses pemindahan dan bantuan dapat dilakukan pada kadar yang segera.



No comments:

Post a Comment