: PEMBANGKANG MESTI BERSATU UNTUK TUMBANGKAN KERAJAAN BN PRU14



NUKILAN: ISMAILY BUNGU

SEBATANG lidi untuk dijadikan penyapu memangnya tidak semudah membersihkan sampah di halaman rumah, tetapi kalau sebabat itu ada ratusan batang lidi, maka itu maksudnya mudah melaksanakan tugas, lagi yang berat menjadi mudah dan ringan segala.

Demikianlah falsafahnya kita berkerja untuk mencapai puncak dan kerana itulah segalanya kita perlukan STRATEGI yang mantap dan tersusun indah untuk menginjakkan kaki di puncak atas nama kejayaan.

ini tidak boleh bersendirian sebab sebagai pemimpin kita kena lihat kesemuanya kala kita mahu rakyat menyokong secara padu untuk menumbangkan kerajaan yang gila kuasa dan rakus tamak dan lupa apa yang mereka janjikan untuk tunai amanah yang diperkatakan lewat manifesto setiap 5 tahun semasa election.

Suasana pembangkang di Sabah ini memang kuat sebenarnya tetapi kekuatan itu BN gunakan secara PECAH DAN PERINTAH dan akhirnya orang2 Sabah menubuhkan parti yang bersifat kenegerian dan yang bersifat kenegerian ini sebenarnya tidak akan duduki putrajaya sebab mereka hanya berusaha tandingi 25 kerusi MP dan 60 Dun.

Meski menang di Negeri, itu tidak akan dapat merubah kerajaan negeri dan persekutuan sebab dasar tadbir di Malaysia ini parti yang menangi lebih 112 kerusi sebenarnya lagi berkuasa untuk merubah keseluruhan tadbir di Malaysia. Untuk menangi lebih 112 kerusi ini hanyalah bakal dilakukan oleh BN dan HARAPAN PAKATAN sedang parti lain tidak akan tandingi 222 kerusi MP berkenaan/kalau bertandingpun tetap KALAH.
Nah, berdasarkan keadaan ini tidak boleh tidak parti tempatan kena berkerjasama dengan PARTI NASIONAL( bukan parti Malaya) iaitu sama ada BN atau HARAPAN PAKATAN.

BN memang sukabanyak sangat parti ditubuhkan di Sabah dan itu sebab ROS telah meluluskan 13 parti tempatan di Sabah dan sebelumnya sudah ada STAR parti yang didaftarkan di Sarawak.

Terakhirnya yang saya perhatikan menyusul sesudah itu ialah PCS dan keadaan ini jika kesemuanya bertanding jelas BN juga akan berkuasa dan kalau adapun parti lain memang mungkin satu dua yang nanti wujud sebagai pembangkang dan itu tidak akan dapat memberikan impak untuk perjuangkan apa yang Sabahan mahu.

Lebih teruk kalau tidak ada parti yang memenangi lebih 112 kerusi MP di peringkat persekutuan dan jika ini gagal maka keadaannya samalah seperti sekarang atau sama seperti kemenangan PBS dalam tahun 1985 itu yang akhirnya tersungkur kesan PBS sendiri ketika itu terpaksa menyembah untuk mendapatkan peruntukan melalui WANG DISATUKAN ITU yang dikuasai oleh kerajaan persekutuan.

Kesan PBS ketika itu bukan bernaung dalam BN maka peruntukan dari kerajaan federal BN salurkan melalui Jabatan Pembangunan Negeri dan sama sepertinya di Kelantan/Trengganu dana dari petronas dinamakan Wang Ihsan dan BN sendiri yang kuasai.

Makanya rakyat Sabah kena faham fungsi kerajaan Negeri dan kerajaan persekutuan itu/kalau sekadar terus berhujah tanpa tahu fungsi2 ini dan terus melaungkan undi parti tempatan makanya semua kita akan berputih mata bukan saja parti tempatan, malah parti nasional juga akan gagal dan sekaligus Sabahanlah paling teruk menerima kesannya nanti akan terus menjadi Sabahan TERMISKIN meski negeri kaya raya kesan sumber Allah anugerah Allah.

Sekarang ini seperti yang kita semua tahu ada 13 parti tempatan telah ROS luluskan termasuk PCS dan STAR yang sudah sedia ada dan keadaan ini jelas telah dirancang oleh BN untuk kuasai Sabah secara PECAH DAN PERINTAH.

Jika semuanya bertanding dan merebut kerusi di PRU-14 akan datang baik di DUN atau Parlimen maka jelas kita akan gagal/berputih mata dan PRU-13 lalu telahpun menjadi pengajaran buat kita dan ini kena kaji secara terperinci.

Terbaik seperti yang saya cadangkan sebelum PRU-13 lalu semua parti pembangkang di Sabah kena duduk satu meja dan tidak usah tamak rakus dan berbincang dengan hati terbuka ikhlas bukan untuk kepentingan diri tetapi untuk kepentingan rakyat Sabah keseluruhannya.

Saya melihat DAP/PKR memang parti yang mendahului kesan punya 11 kerusi DUN dan 3 kerusi MP, sedang STAR hanya satu kerusi.

Kekuatan STAR tidak boleh diperkecilkan sebab kehadiran mereka boleh memecahkan undi untuk melawan BN sebab terbukti di kawasan MP Marudu dan Keningau di PRU-13 lalu.

Kehadiran PCS juga jelas punya kekuatan meski setakat ini belum dapat kita nilai sejauh mana kekuatan mereka banding STAR tetapi keadaannya akan sama seperti hadirnya parti STAR.
Yang kita hadapi ialah parti Nasional yang namanya BN dan mereka ini jangan kita lupa yang mereka punya segala kelengkapan seperti dana tentu masih ada lagi simpanan/sisa 2.6 bilion atau akan ada lagi ARAB tua bakal menderma.

Bukan saja BN punya kekuatan dana, malah segala jentera bawah Kementerian federal seperti SPR, JPN, Jabatan Perpaduan, Kemas, Polis, tentera dan sebagainya akan mereka gunakan sedang kita parti lokal hanya menggunakan semangat dan sedikit dana yang terhad.

Jangan sekali kita memikir sejarah kekuatan ketika PBS tumbangkan BERJAYA dalam tahun 1985 akan berulang dan itu tidak akan ada lagi sejarah itu sebab ketika itu pengundi cina bersatu padu bersama pengundi KDM sedikit bumiputera Islam yang menyebabkan BERJAYA tersungkur.

Sekarang ini KDM pecah seribu ada yang dalam PBS, PBRS, UPKO dan juga ada di PKR dan ada dalam STAR termasuk PCS sendiri dan jangan lupa dalam UMNO juga ada KDM bawah pimpinan Ambrose di Penampang, Rubin Balang di Kemabung dan Roland Kiandee di Beluran. Jadi, ini yang saya katakan pecah seribu.

Tidak boleh tidak FORMULA terbaik ialah DAP/PKR dan STAR serta PCS mesti duduk satu meja dan bincang sama dan tentunya diharapkan Dr Jeffrey dan seorang YB yang bakal duduki kerusi Ketua PCS akan terbuka hati untuk duduk bincang demi Sabahan/kalau gagal maka jawabannya TATAP BN juga bakal berkuasa meski majoritinya kurang.

Bertindak dan berfikirlah demi Sabahan dan Malaysian keseluruhannya sebab rakyat Malaysia rata2 mahu perubahan kepimpinan peringkat pusat di PRU-13 lalu sudah jelas PR mendapat undi 52% dan ramalan Anwar Ibrahim di PRU-14 akan datang ini pembangkang akan memperolehi 60% undi rakyat Malaysia dan ini sekaligus BN akan tersungkur.