KONSEP KEKELUARGAAN MODEL UTAMA DIDIK ANAK-ANAK....ZAKARIA

Wednesday November  25.2015

Datuk Zakaria bersama Datin Raisan dan Datuk Armani bersama 
menyertai senam robek.


OLEH: AZME AZMAN

GUM-GUM-: Konsep Kekeluargaan merupakan model utama dalam perbentukkan sesebuah negara yang dipacu oleh sebuah institusi kekeluargaan.

Justeru itu ketua keluarga bukan sahaja mendidik kanak-kanak mereka untuk menjadi seorang anak yang berpendidikan tetapi perlu selari dengan perkembangan pembangunan semasa dan paling penting dibekalkan dengan asas agama yang kuat.


 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Datuk Zakaria Haji Mohd Edris berkata demikian dalam ucapan beliau ketika merasmikan program Hari Keluarga di Kampung Semawang anjuran Majlis Pembangunan  Wanita, 
Keluarga dan Masyarakat Parlimen Libaran di sini kelmarin.

“Ini merupakan benteng menangkis penularan budaya kurang sihat di kalangan anak-anak muda kita,” tambah Zakaria yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri.

Zakaria turut memberitahu bahawa kekuatan kaum wanita yang bersifat keibuan mampu memainkan peranan penting dalam mengukuhkan institusi keluarga serta mempunyai tanggungjawab dan peluang untuk memupuk nilai yang tinggi, menyemai perilaku terpuji dalam diri anak-anak dan membentuk insan beretika.

Beliau juga mengajak golongan wanita agar mengambil peluang dan ruang disediakan oleh Kerajaan untuk meningkatkan ekonomi keluarga.

Pelbagai acara telah diadakan termasuk pertandingan memasak, sukaneka untuk kanak-kanak, senamrobik, tarik tali, pertandingan karaoke dan cabutan bertuah.

Turut hadir pada program tersebut ialah Datin Hajah Raisah Haji Jubar, isteri kepada Datuk Zakaria, pengerusi  MPWK Parlimen Libaran Datuk Hajah Armani Datuk Haji Mahiruddin dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Gum Gum Kamal M Said.

TAMAT



No comments:

Post a Comment