PRU14 INILAH MASANYA UNTUK TUMBANGKAN KERAJAAN BN/UMNO


NUKILAN: ISMAILY BUNGSU

HAKIKAT jelas dan fakta bahawa untuk merubah sistem tadbir di Malaysia ini termasuk Sabah kena undi dua parti saja di peringkat nasional iaitu HARAPAN PAKATAN atau BARISAN NASIONAL.
Sebabnya kedua parti ini saja yang akan tandingi 222 kerusi nanti sedang parti lain hanya merebut kerusi di Negeri masing2, kalaupun mereka bertanding jelas faktanya tidak akan mendapat lebih dari 112 kerusi MP.
Kita tahu bahawa parti yang menangi lebih 112 kerusi dengan sendirinya akan menduduki putrajaya dan dengan sendirinya akan kuasai tadbir di Malaysia ini.
Kepentingannya duduki di putrajaya ialah kuasai WANG DISATUKAN termasuk jabatan kehakiman, pendidikan, kastam, polis, tentera dan jabatan2 lain sedang yang menangi di DUN negeri hanya kuasa negeri tak akan dqpat merubah keadaan.
PRU-13 jelas saudara-saudara  kita di Malaya sokong PR tapi yang menyebabkan BN berkuasa di Malaysia ini ialah kesan sokongan rakyat Sabah dan Sarawak yang memberikan kemenangan dan sekitar 44 kerusi MP menyokong BN yang menyebabkan PR tertinggal 33 kerusi.
Bayangkan sekarang 56 kerusi yang ada di Sarawak dan Sabah esok menyokong HARAPAN PAKATAN, maka esok juga BN akan tersungkur. Ini hakikat yang rakyat harus tahu.
Kesan Sabah dan Sarawak yang menjadikan BN berkuasa di Putrajaya, lalu kenapa saudara-saudara kita di Malaya disalahkan? Kenapa pula Malaya yang dikatakan menjajah? kalau BN menjajah, bukankah kita sendiri yang bersalah kerana mengundi BN?
PRU-14 merupakan waktu yang sesuai dan kita kena bersatu demi Sabahan dan Sarawakian dan jalan terbaik undilah PARTI NASIONAL iaitu HARAPAN PAKATAN sebab hanya HARAPAN PAKATAN saja yang bakal tandingi 222 kerusi MP.
Menang di DUN dan kemudian menang 25 kerusi MP di Sabah sebenarnya tidak berguna dan sia-sia sebab tidak menguasai kerajaan persekutuan dan ini akan sama juga sejarahnya kemenangan PBS dalam tahun 1985.
Sesungguhnya mengkaji dan pengalaman kemenangan PBS dalam tahun 1985 itu sudah cukup mengajar kita dan harusnya dijadikan pengajaran.
Jika inipun tidak faham maka jelas orang kita ini memang mahu dijajah atau memang tidak faham dunia politik atau tidak faham hakikat kuasa kerajaan negeri dan kuasa kerajaan persekutuan.

No comments:

Post a Comment