PDRM HIDU KEDATANGAN ABU SAYAFF KE KUALA LUMPUR DAN SABAH

Thursday November 26.2015

By Admin



PERLIS:- (Khamis)  Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengenal pasti anggotanya yang berkhidmat di Sabah sebagai individu yang memviralkan kehadiran kumpulan Abu Sayyaf di Kuala Lumpur dan Sabah.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam PDRM Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim berkata anggota pangkat rendah itu akan dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes itu.

“Saya akan ke Sabah minggu depan untuk mendapatkan maklumat terkini dan berharap kes ini dapat diselesaikan lebih cepat,” katanya kepada media hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri upacara pengurniaan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) kepada 92 bekas anggota polis oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Mes Pegawai Kanan Polis Perlis di sini.

Muhammad Fuad berkata siasatan awal polis mendapati adanya maklumat kononnya terdapat lapan anggota Abu Sayyaf di Kuala Lumpur dan 10 orang lagi di Sabah semasa Sidang Kemuncakl ASEAN Ke-27 dan Sidang-sidang Kemuncak Berkaitan diadakan di ibu negara minggu lepas.

Semasa mendapat maklumat itu, polis tidak dapat mengesahkannya sebaliknya terus menjalankan siasatan.Beliau menjelaskan PDRM menambah anggota keselamatan kepada 7,000 orang daripada 4,000 orang semasa Sidang Kemuncak ASEAN adalah sebagai langkahkeselamatan tambahan berikutan kejadiantembakan di Paris, dan bukannya kerana viral tentang kehadiran anggota Abu Sayyaf di Kuala Lumpur.

Dalam perkembangan lain, Muhammad Fuad berkata Angkatan Kawalan Sempadan atau AKS untuk mengambil alihkawalan sempadan negara bakal dilaksanakan tahun depan.“Kajian mengenai penubuhan AKS dilakukan oleh PDRM, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam dan PEMANDU (Unit Pengurusan

Prestasi dan Perlaksanaan) telah sampai ke peringkat bengkel.
Perkara-perkara penting dibincangkan antaranya bidang kuasa AKS, bajet, pengambilan kakitangan dan konsep.“Matlamat kita supaya AKS lebih berkesan menjaga kedaulatan sempadan yang sangat sensitif dengan pelbagai isu sepertipencerobohan, penyeludupan dan pemerdangan manusia,”katanya.

Muhammad Fuad berkata satu pasukan bengkel itu akan ke Amerika Syarikat sebelum akhir tahun ini untuk melihat dan mengkaji model pasukan Kawalan Keselamatan Sempadan negara itu untuk disesuaikan dengan Malaysia.Beliau menegaskan sementara menunggu penubuhan AKS secara rasmi, kawalan di sempadan atau ‘Ops Wawasan’ akan terus menjadi tanggungjawab agensi-agensi yang sedang melaksanakannya.

“Saya juga telah meminta pasukan-pasukan keselamatan menjalani latihan di kawasan sempadan untuk memperlihat keberadaan kita di sempadan, ”katanya.

Mengenai majlis itu, beliau berkata pengurniaan itu adalah tanda penghargaan kerajaan kepada bekas-bekas anggota polis tanpa mengira pangkat dan Perlis ialah negeri terakhir yang mengadakannya. “Biasanya Menteri Besar yang menyampaikan pingat ini tetapi Perlis agakistimewa kerana Raja Muda Tuanku syed Faizuddin berkenan mengurniakannya danini menimbulkan rasa terharu pasukan,” katanya.  BERNAMA


No comments:

Post a Comment