10 RIBU KETUA CAWANGAN SELURUH NEGARA AKAN MENGADAKAN PERHIMPUNAN BULAN DEPAN DESAK NAJIB BERUNDUR


Isnin, November 23, 2015

OLEH: KAMARUDIN ZAMAN
 
KOTA BHARU:- Ekoran berita 360 Ketua-Ketua Cawangan UMNO di lima negeri yang telah mendesak Dato Seri Mohd Naib Tun Abdul Razak untuk berundur daripada jabatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO  berita itu telah menjadi viral di seluruh Negara.

Mereka mendakwa sudah mendapat sokongan kira-kira 10,000 ketua UMNO cawangan seluruh Negara ini satu petanda baik bahawa Najib akan tersingkir.

Sementara Ketua-ketua UMNO cawangan di seluruh negara merancang mengadakan perhimpunan besar-besaran  bulan hadapan bagi mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan.

Ketua UMNO Cawangan Taman Port Dickson Utama, Mohd Isa Mohd Yasin berkata, kira-kira 10,000 ketua cawangan telah menyatakan sokongan itu dan yakin satu perempat ketua UMNO cawangan menyokong rancangan itu katanya kepada Wartawan The Sabah Insider.Net kelmarin

Katanya, mereka belum menetapkan lokasi perhimpunan itu.

“Tindakan kami ini tidak didorong oleh mana-mana pihak, sebaliknya atas kesedaran sendiri untuk mengembalikan hak bersuara dalam UMNO kepada yang benar-benar berhak iaitu ketua UMNO cawangan sebagai akar umbi supaya parti dapat diselamatkan,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.

Mohd Isa berkata demikian kepada media selepas mengadakan mesyuarat bersama 360  ketua UMNO cawangan bagi mendesak secara terbuka Najib meletak jawatan sebagai Presiden UMNO di Port Dickson, pada Sabtu.

Ketua UMNO cawangan itu dari Negeri Sembilan, Selangor, Johor, Perak dan Sabah.

Mohd Isa berkata, 360  ketua UMNO cawangan itu sebulat suara mendesak Najib meletak jawatan kerana sudah hilang kepercayaan terhadap kredibiliti pemimpin itu.

Katanya, semasa peralihan jawatan antara Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Najib, mereka memberikan sokongan penuh, di samping meletakkan harapan tinggi.
“Namun, apa yang berlaku hari ini tidak seperti mana yang diharapkan dan sudah ramai yang sangsi dengan UMNO.

“Kita mahu parti tidak mengambil sebarang tindakan disiplin terhadap Timbalan Presiden, Naib Presiden, ketua cawangan atau mana-mana ahli UMNO yang tampil membuat kritikan kepada parti,” katanya.

Sebelum ini, sebanyak 13 ketua UMNO cawangan di Teluk Kemang dan 50  ketua cawangan di Sepang membuat desakan terbuka agar Najib meletak jawatan.

Kata Isa lagi sekiranya Najib enggan berundur atas desakan itu  mereka tiada pilihan lain melainkan mereka membawa seramai 10 ribu Ketua-Ketua cawangan UMNO di seluruh Negara akabn keluar beramai-ramai kemudian menyerta parti Pakatan Harapan.

“Alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai kepangkal lengan itulah saja harapan kami kalau Najib juga berdegil enggal meninggalkan jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO kami akan keluar,

Kami tiada niat buruk Cuma  kamu mahu untuk menyelamatkan UMNO pada PRU14 nanti  itu saja permintaan 10 ribu Ketua-Ketua Cawangan UMNO supaya Najib berundur.” Katanya.


No comments:

Post a Comment