AHLI PARLIMEN PEMBANGKANG MUNGKIN TERLEPAS DARIPADA TUDUHAN AKTA HASUTAN ...KATA PENGUAM NEGARA

OLEH: KAMARUDIN AZMAN &
MUTHUSAMI A/L KURAPSAMI
 
KUALA LUMPUR:- Bahagian ke-2 siri ini, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali bercakap mengenai Akta Hasutan.

Beliau memberitahu The Sabah Insider  akta itu masih relevan tetapi kini sedang mengkaji setiap kes kerana beliau mahu 99% peluang mendapatkan sabitan sebelum membawanya ke mahkamah tinggi.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, beliau sedang dalam proses mengkaji semula tuduhan dan penyiasatan berkaitan hasutan secara kes demi kes, dan besar kemungkinan akan menarik balik satu kes terhadap seorang anggota pembangkang "tidak lama lagi".

Apandi selanjutnya  berkata, beliau baru sahaja memulakan proses mengkaji semula tuduhan jenayah, selepas menduduki pejabatnya selama 100 hari, dan kini menyasarkan untuk mengurangkan bilangan kes yang dibawa ke mahkamah.

"Saya sedang mengkaji semula, dan sebenarnya, ada satu kes terhadap seorang anggota pembangkang, wakil rakyat... Saya sedang mengkaji kes itu, dan kemungkinan besar akan menarik balik pertuduhan itu," Apandi memberitahu  wartawan The Sabah  Insider dalam satu wawancara baru-baru ini.
Walaupun beliau enggan mendedahkan identiti ahli pembangkang itu, beliau mengesahkan ia satu kes mahkamah yang sedang berlangsung 

Beliau berkata lagi  mengenai  pertuduhan menghasut ditarik balik apabila tidak jelas sama ada kesalahan itu dilakukan atau tidak.
"Sama ada ucapan itu bersifat menghasut atau tidak, ia boleh dipertikaikan. Boleh jadi ya, boleh jadi tidak. Jadi, ada keseimbangannya.

"Tetapi jika ia tidak berapa jelas, saya akan tarik balik (dakwaan). Kerana, pendirian saya ialah, saya mesti mempunyai kes dengan 99% kejayaan, barulah saya meneruskannya."

Beliau berkata ini akan membantu mengurangkan masa dan tenaga kerja yang dihabiskan untuk kes-kes yang akan akhirnya dibuang.

"Bukan sahaja kes di bawah Akta Hasutan. Saya mengkaji semua tuduhan jenayah lain. Contohnya, kes dadah," katanya, sambil menambah, ramai hakim menghubungi beliau untuk menimbang semula pertuduhan yang dihadapi keldai dadah, terutamanya yang berkaitan dengan pengedaran ganja.

Bagaimanapun, Apandi berkata beliau tidak fikir Akta Hasutan disalah guna, sama ada dalam kes ahli pembangkang tersebut atau secara umumnya.
Beliau berkata hasutan akan sentiasa menjadi satu perkara berkaitan persepsi dan akta itu masih relevan.

Mereka yang tidak mahu ditangkap atau didakwa, hanya perlu "waspada dengan apa yang anda katakan," katanya.
Beliau juga mengakui Kanun Keseksaan mengandungi peruntukan lain yang boleh digunakan terhadap pesalah Akta Hasutan, tetapi menambah ia bukan alasan untuk memansuhkannya.


No comments:

Post a Comment