PENDUDUK PITAS PERLUKAN JALAN RAYA UNTUK KEMUDAHAN ULANG ALIK

Thursday 25 November2015
OLEH: THOMAS SUNGGIUK
GOTONG ROYONG... Penduduk gotong royong membaiki pulih jalan



PITAS:-  Kerosakan Jalan Kampung Kanibongan, Jalan Kg Naradang dan Jlan Kampung Solakalung di bawah DUN Pitas yang semakin teruk perlu dinaik taraf untuk keselesaan penduduk-penduduk di tiga kampung berkenaan.
Terbukti Jalan yang menghala tuju ke Sekolah Menengah Kerajaan (SMK) Telaga yang kini dalam keadaan rosak teruk terpaksa penduduk kampung meminta bantuan Traktor Caterpillar  untuk meradu tanah liat yang sukar dilalui oleh kenderaan.
Wartawan Portal The Sabah Insider  yang meninjau sendiri setelah dihubungi oleh beberapa penduduk Kg Kanibongan  mendapati kerosakan jalan yang telah dialami oleh ketiga-tiga Kampung itu  perlu dinaik taraf dengan segera kerana akibat kerosakan jalan itu dan tiada sesiapa ambil tahu  dan menyukarkan para petani membawa keluar segala hasil masul tanaman mereka untuk dipasarkan.
Sabah Insider difahamkan bahawa kawasan DUN Pitas adalah kubu kuat UMNO  tetapi kenapa mereka menganak tirikan Kawasan DUN Pitas daripada mendapatkan kemudahan asas seperti jalanraya.
Oleh kerana tiada sesiapa yang memperdulikan masalah jalan diketiga-tiga kampung itu mereka terpaksa mencari alternative   lain bagi mengumpul penduduk-penduduk kampung untuk mengadakan gotong  royong bagi membaiki jaklan yang dimaksudkan itu
“Kami bersumpah nanti kalau pilihanraya umum (PRU14) nanti kami tidak akan mengundi calun BN bagus kami undi PKR” kata beberapa orang penduduk.



No comments:

Post a Comment