DAP BAGI KEMUDAHAN PENDUDUK LUAR BANDAR (PEDALAMAN)

OLEH: SHAIMON S JUMADI &
WARTAWAN DAP

RASMI.....Wong merasmikan projek bekalan air paip untuk penduduk pedalaman

KENINGAU:- Walaupun parti pembangkang seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang tidak punya apa-apa peruntukan namun para pemimpinnya yang prihatin dan berjiwa rakyar  terhadap permasalahan rakyat khususnya penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar (pedalamam) namun masih mempunyai kemampuan untuk membela nasib rakyat yang semakin terhimpit di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN)


Dalam pada itu jelas dan terbukti terhadap daya dan susaha serta kemampuan  DAP telah menyalurkan Projek pembinaan jalan raya dan bekalan air untuk penduduk di kawasan pedalaman yang dilancarkan oleh DAP melalui “Impian Sabah”,

Untuk menjayakan pelaksanaan projek tersebut di mana seramai 250 orang sukerelawan turut menyertai program Impian Sabah tetapi hanya 20 orang saja dari Sabah dan selebihnya semuanya dari Semenanjung.

Timbalan Pengerusi DAP Sabah merangkap penyelaras “Impian Sabah” Stephen Wong yang juga Ahli Parlimen Sandakan  menyeru orang Sabah, terutamanya golongan pemuda menyertai program ini.

Kata beliau, terdapat 600 orang sukarelawan dari seluruh negara telah mendaftar menyertai “Impian Sabah”, dan 250 orang di antaranya datang ke Sabah menyertai kerja-kerja tersebut atas perbelanjaan sendiri.

“Kami kekurangan sukarelawan daripada Sabah, kami memerlukan keprihatinan dan kasih sayang daripada mereka.”

Wong berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di pusat pejabat DAP Sabah. Turut hadir termasuklah Pengarah Pendidikan Politik DAP Sabah Ginger Phoong dan Bendahari DAP Sabah Tan Lee Fatt.
Ginger Phoong berkata, sukarelawan Impian Sabah tidak diwajibkan untuk menyertai DAP, tetapi hanya menyertai program-program yang membantu masyarakat secara sukarela.

Sementara itu, pasukan “Impian Sabah” DAP telah memperuntukkan RM30ribu untuk memasang paip bawah tanah sepanjang 7km di Kg Linsosod yang lebih kurang 20minit jarak perjalanan kereta dari pekan Keningau, untuk membantu 95 keluarga tempatan mengatasi masalah bekalan air.

Pasukan “Impian Sabah” DAP juga pergi ke Kg Dowokon di Pitas, memasang paip bawah tanah sepanjang 7km. Projek tersebut telah membelanjakan lebih kurang RM80ribu, kebanyakan kos adalah untuk membeli paip dan kos pengangkutan. Kedua-dua projek ini membolehkan 2 ribu orang penduduk di kedua-dua kawasan tersebut dapat menikmati bekalan air yang bersih, setelah hampir setengah abad ketiadaan bekalan air.

Penyelaras Impian Sabah YB Stephen Wong, pemimpin-pemimpin dan sukarelawan telah melawat kedua-dua kampung tersebut dan mengadakan upacara perasmian yang ringkas. Setiausaha Publisiti DAP merangkap pengasas “Impian Malaysia” YB Tony Pua turut hadir untuk menyaksikan perasmian projek berkenaan. Turut bersama termasuklah Setiausaha Organisasi DAP Sabah merangkap ADUN Likas YB Junz Wong,Bendahari DAP Sabah Tan Lee Fatt, pengarah pendidikan politik DAP Sabah Ginger Phoong, Penolong Setiausaha Organisai DAP Sabah Henry Shim dan pemimpin DAP Keningau Peter Saili.  

Projek-projek tersebut disiapkan atas usaha 12 orang sukarelawan Impian Sabah dari Semenanjung dan penduduk tempatan.

berkata, kg Linsosod merupakan kawasan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur Tan Sri Pairin, tetapi keperluan penduduk tempatan tidak diambil berat, ini menunjukkan kerajaan BN telah mengabaikan keperluan asas penduduk kampung, sehingga bekalan air pun tidak dapat diberikan.

Wong berkata, Impian Sabah menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, tanpa mengira bangsa, warna kulit, kawasan dan agama. Kutipan derma dari seluruh negara digunakan untuk membantu penduduk kampung yang miskin, supaya mereka mendapat layanan yang sama rata dan hidup dengan bermaruah.

Kata beliau, kini Impian Sabah telah berjaya menjalankan 6 projek bantu rakyat yang menelan kos sebanyak RM500ribu, wang tersebut diderma oleh mereka yang baik hati.

Selain itu, Tony Pua juga bertanya pada upacara perasmian tersebut, ahli Parlimen BN mendapat RM1.5juta peruntukan pembangunan, manakala ADUN BN mendapat RM1juta peruntukan pembangunan, tetapi mana perginya peruntukan tersebut?

Beliau berkata, dengan hanya RM30ribu, dapat membekalkan air dan membantu 500 orang penduduk kampung, tetapi yb BN pula tidak sanggup berbuat demikian, terus membiarkan penduduk kampung hidup sengsara.

ALBUM .....Seramai 250 orang sukarelawan yang bekerja keras menjayakan program Impian Sabah


Tony Pua juga mengumumkan bahawa Impian Sabah akan menjalankan projek yang terbesar selama ini, iaitu membina paip bawah tanah melebihi 10km di Keningau, kos pembinaan dijangka RM200ribu, untuk membekalkan sumber air kepada 1500 orang penduduk di 5 buah kampung.

Beliau berkata akan memulakan kerja-kerja kutip derma setelah balik ke Kuala Lumpur, supaya mendapat dana yang mencukupi untuk menjalankan projek tersebut dengan secepat mungkin.