DAP BAGI SUMBANGAN KEPADA WARGA EMAS CHAN

OLEH: SHAIMON S JUMADI

TERIMA BANTUAN.....Warga Emas Chan menerima sumbangan dari DAP

 
SANDAKAN:- Seorang warga emas berusia lingkungan 87 yang dalam kehidupan serba kedaifan tinggal di Taman Merpati nampaknya tidak juga terpinggir daripada sisi masyarakat,

Orang tua yang dimaksudkan itu bernama Chan tinggal seorang diri di sebuah rumah yang agak usang  dan sekarang sedang memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyrakat yang sedang diurus oleh Setiausaha DAP Sandakan Bryan Chang Shak Hung semasa beliau berkunjung kerumah Chan sambil membawa buah tangan barang-barang keperluan harian.

Ini jelas menunjukan walaupun Chang dipihak parti pembangkang tetapi atas dasar simpanti dan perikemanusian nampaknya masih mampu menghulur beberapa bantuan kepada insan yang memerlukan pertolongan seperti Chan.

Chang bagi pihak Jawatankuasa Penaja DAP Cawangan Sentosa mengucapkan  setinggi-tinggi penghargaan terima kasih semua pihak yang sudi turut memberi sumbangan ikhlas kepada Chan semoga dengan adanya derma dan sumbangan itu ia dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh Chan dan jasa bakti anda tetap dikenang buat selama-lamanya.









No comments:

Post a Comment