ENAM KELUARGA KAMPUNG ;LAHANAS SOKID TERPINGGIR DAPAT KEMUDAHAAN DARIPADA BN

OLEH: CHARLES P ANDIANG
FOTO KOTABELUDKINI

PERLUKAN BANTUAN.....Enam keluarga terus terpinggir dapat bantuan daripada kerajaan BN
KOTA BELUD:-  Enam keluarga mereka amat memerlukan bantuan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) agar mereka dapat diberikan kemudahan sebuah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Mereka sebenarnya sudah lama memohon PPRT tetapi tiada prihatian dan tindakan yang diambil oleh pihak-pihak tertentu untuk menyelesaikan masalah yang membelenngu kepada enam keluarga itu.

Seorang penduduk  Kampung Lahanas Sokid dalam kawasan DUN Kedamaian Kota Belud yang  sempat ditemui oleh Wartawan Sabah Insider.Net  yang namanya  tidak mahu dinyatakan menjelaskan mereka rasa kesal terhadap pemimpin di kawasan DUN Kadamaian kerana enggan mendengar segala rintihan dan keluhan masyarakat di kawasan berkenaan.

“Mujurlah adalah pemimpin daripada Parti KeAdilan Rakyat (PKR) datang melawat sambil menghulurkan sedikit bantuan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh penduduk” Katanya.

Kata penduduk itu lagi  para pemimpin BN/UMNO kebanyakannya pandai petur belit cakap tak serupa bikin penduduk yang mendapat bantuan pelbagai kemudahan   asas  adalah terdiri daripada kroni-kroni BN/UMNO saja yang lain langsung dipinggirkan.

Ini kali kalau PRU14 nanti orang-orang kampung Lahanas  Sokit mesti bersatu hati jangan bagi undi kepada cdalon-calon BN walaupun mereka  itu dari suku Kasazan.Dusun atau Murut kami tidak mahu mengundi mereka ini janji kami sebagai anak watan jati Kampung Kadamaian” Tambahnya lagi.