EKONOMI NEGARA DALAM BAHAYA?


( kepada anak bangsaku)
NUKILAN: ISMAILY BUNGSU

AKU mula tidak mengerti tentang apa saja yang terjadi di sekitarku ini sebab aku sendiri tidak diajar ilmu falsafah atau bahasa lojika selain hanya dididik untuk patuh dan ikut perintah demi mengelak rasa susah/itu amarah seorang menteri bernama zahid hamidi.

Akhirnya aku sendiri tidak dapat mentafsir makna hakikat nyata dan siap menikmati masa bodoh sambil mencipta puisi-puisi tentang babi-babi yang dibangsatkan oleh seorang PM dan dibaruakan oleh seorang ulama tertelan pil kuda.

Memang aku tidak mengerti kala pemimpin negara yang diamanah merampok khazanah negara berbilion lesap masuk ke akaun kantung sendiri dan pertanyaan menjadi teka teki sedang anak bini jadi kaya seperti tauke judi beli belah di luar negeri dan ketika rakyat bertanya mereka tangkap sumbat ke penjara kesan pelbagai akta menghukum ikut undang-undang  yang mereka cipta sendiri dan rakyat tetap bersalah hidup tertekan ramai gila.

Ketika merdeka bijih timah/getah sumber utama dan kemudian minyak Sabah Trengganu Sarawak menyambung nafas kita dan sesudah bawah Najib yang bijak hutang membengkak, harga minyak merundum ringgit menjunam dan untuk selamatkan negara, mereka korek kantung rakyat orang miskin atas nama GST, cukai jualan dan perkhidmatan dan akhirnya rakyat miskin papa dibangsatkan oleh pemimpinnya sendiri.

Pak menteri termasuk PM memang kayanya melimpah dan anak-anak cucu cicit kroni rumahnya kalah istana raja,kereta mobel mewah tersusun di halaman rumah ada kondo harta di luar negara, mereka cipta filem porno ratusan juta dilesapkan, melimpah-limpah kayanya, sedang rakyat tinggal di gubug-gabug bertanam padi siap orang kaya mencuri.

Mereka santap KFC, buger, sup ekor, anggur di hotel lima sambil ketawa terbahak-bahak dan kekadang mabuk-mabuk dan   muntahmuntah  beraknya di situ sementara rakyat di desa mukim kampung makanannya pasir dan sampah yang dilontar pak menteri lima tahun sekali.




No comments:

Post a Comment