PENAMPANG DILANDA BANJIR LAGI SISTEM PERPARINTAN TIDAK TERURUS OLEH PIHAK DBKK





BANJIR....Banyak kenderaan terperangkap selama 3 jam akibat jalan raya dilanda banjir.



OLEH: ISMAILY BUNGSU


PENAMPANG:-   Banjir yang belanda di pekan penampang  sedalam 1 meter meneyebabkan  banyak kenderaan yang terperangkap  selama tiga (3) jam adalah disebabkan oleh system perparitan  yang tidak semporna dan  tidak terurus. 

Banjir yang melanda di satu-satu kawasan randah berpunca daripada kurangnya tanggungjawab dalam pelaksanaan  kerja-kerja penyenggelaraan saliran system longkang mahupun parit-parti terutama yang terletak berhampiran jalan raya dan juga di kawasan-kawasan taman perumahan.

Kata  beberapa orang penduduk yang sempat ditemui yang nama mereka tidak mahu disebut menyatakan sepatutnya pihak berkuasa tempatan (PBT) khususnya Dewan Bandararaya Kota Kinabalu ataupun Majlis Daerah Penampang tidak begitu prihatin menangani terhadap masalah rakyat khasnya  di kawasan menampang yang setiap tahun kerap dilanda banjir  kilat  bila mana  hujan tidak sampai 1 hingga 2 jam.

“Mereka   lebih maklum dimana setiap bulan bermula dari Oktober saban tahun adalah  musim tengkuju sehingga bulan Februari kenapa mereka begitu cuai dan lalai tidak melakukan kerja-kerja pembersihan keatas saliran longkang atau parit yang kebanyakannya sudah tersumbat oleh sampah sarap dan hakisan inilah puncanya kalau hujan tak sampai 1 jam kawasan rendah mudah lanjir kilat” kata sumber iu lagi.