KEMELLIA……TIDAK WAJAR PIBG-IBUBAPA DAN MURID DI KERA UNTUK KUTIP DERMA UNTUK BAIKI BANGUNAN SEKOLAH GESAAN NOH OMAR.




OLEH: SHAIMON S JUMADI
www///sabahinsider14.blogspot.com
Thursday August 04/2016

DESAKAN Ahli Parlimen Segambut Tan Sri Noh Omar agar Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) duseluruh Negara agar mengadakan pungutan derma kepada para  ibubapa dan murid-murid sekolah berkenaan untuk pembiayaan memperbaiki bangunan sekolah.

Gesaan Noh Omar terhadap para ibubapa dan  murid-murid supaya mengandakan pungutan derma itu sama sekali tidak boleh diterima dan tidak masuk akal kerana menjurus untuk menyusahkan para ibubapa dan murid-murid terbabit.

Kenapa kerajaan tidak mempunyai dana atau peruntukkan yang disalurkan  kepada  kementerian Pelajaran untuk pelbagai kegunaan kenapa rakyat khususnya para ibubapa pelajar akan menjadi mangsa keadaan ini jelas Noh  Omar mahu menyusakan para ibubapa berkenaan.

Dato Seri Paduka  Kemellia Hassan seorang Aktivis Sosial Masyarakat ketika mengulas kenyatakan Presiden  Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) peringkat Nasional  Pro. Madya  Mohd Ali Hassan yang beratajuk “Kutip Derma…Kami Bukan Bank Sekolah Jawab PIBG” yang tersiar di Free Malaysua Today (FMT) pada 02/08/2016.

“Kita nak tahu adakah gesaan Noh Omar itu menyeluruh supaya PIBG-ibubapa dan murid-murid sekolah berkenaan diwajibkan menderma untuk tabung pembiayaan ubah suai semua  bangunan sekolah atau khas untuk di negeri Selangor sahaja” tanya Kemellia.

Kata Kemellia lagi jika gesaan itu menjadi kenyataan  ini benar-benar akan menyusahkan rakyat dan ibubapa seluruh Negara ataupun seluruh negeri Selangor.

Jadi di mana peruntukan dan bajet kerajaan untuk tahun 2016 yang telah disalurkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia kenapa masih memerlukan bantuan daripada ibubapa dan murid-murid untuk memungut derma tersebut.

Kemellia menambah sebagai orang ahli parlimen Segambut Noh Omar harus mempunyai  akal yang waras kalau  hendak membuat sebarang cadangan bukan main hentam keromoh yang boleh menimbulkan  keraguan dan kegeliasaan para ibubapa seluruhnya.


No comments:

Post a Comment