BAK SI BURUNG BEO
( namanya si Tawfiq dan yang lain jua)
( namanya si Tawfiq dan yang lain jua)
OLEH:
ISMAILY BUNGSU
Monday
August 22/1016
ISU Sabah/Sarawak bersama bentuk Malaysia bukan baru. Isu ini sudah
sekian lama. Sama juga bila kita perkatakan 20 perkara yang diusul oleh 5 buah
parti dari Sabah itu tahun 1963.
ISU 20 perkara sebenarnya hanyalah Memorandum
diusul ke PBB dan ianya sesudah ditapis ada dalam MA63 dan MA63 itulah yang sah
dari segi undang2 dan itu faktanya.
20 Perkara ada yang sudah berubah kesan
enakmen DUN Sabah luluskan.
Misalnya perkara 1 agama tahun 73 sudah DUN
Sabah luluskan enakmen Islam agama Rasmi dan kemudian tahun 1986 Pairin/Dun
lulus enakmen DYMM ketua islam Sabah. makna kes ini selesai sebab wakil rakyat
Sabah sendiri lulus di DUN Sabah dan perlembagaan Malaysia hanya selaraskan
sahaja.
Terbaru Tawfiq setuju Sabah/Sarawak bersama
bentuk Malaysia dan bukan sertai Malaysia dan ini semua sudah tahu dan tidak
perlu lagi dia ulang-ulang dan kelihatannya ramai kalangan ahli-ahli BN semacam
burung beo main ikutan-ikutan tetapi sekian lama membuta tuli.
Tawfiq kata slogan SABAH FOR SABAHAN slogan
bahaya seolah anti Semananjung dan kelihatannya Taufiq usaha bersilat kata
tidak akui hakikat.
Hakikat sebenar Sabahan tidak anti
semananjung, sebalik Sabahan marah kesan Sabah yang kaya kesan hasil sumber
anugerah Allah sebalik kekayaan yang ada itu terserlah Sabahan menjadi
TERMISKIN, pendidikan asas tersorot dan keperluan asas di Sabah seperti jalan,
air paip dan letrik seperti di zaman batu. Apalah Tawfiq tidak mahu akui ini?
Ingat Sabahan ini bodohkah orangnya?
Semananjung, sebalik Sabahan marah pemimpin2
UMNO yang korup dan asyik isi kantung mereka sendiri dan rata-rata pemimpin
UMNO/BN korup tetapi tidak semua dan terbukti kekayaan mereka, anak-anak
mereka, suku sakat melimpah ruah seperti kayanya anak tiri Najib. Apalah ini
tidak diakui oleh mereka kalangan UMNO sendiri, malah kalangan UMNO yang baik
tidak korup sama tidak suka cara itu secara diam tetapi mereka tidak berani
lontar kata kesat diugut dan pecat atau gantung kesani susahlah cari makan.
Memang saya setuju kata Taufiq slogan sabah
for sabahan itu berbahaya seolah kebencian saudara-saudara kita di Semanjung
dan hakikat sebenarnya saudara-saudara di Semananjung juga tidak suka cara UMNO
pimpin dan terbukti di PRU13 lalu 52% tolak BN dan hanya 47% saja undi BN dan
itupun kesan Sabahan dan Sarawakian sendiri yang sokong BN terbukti 44 MP dari
Sabah dan Sarawak yang menjadikan BN duduki putrajaya sebab ketika itu PR hanya
tertinggal 33 kerusi MP. Nampak itu?
Hakikatnya bila Tawfiq setuju/suarakan yang
Sabah sama bentuk Malaysia bukan sertai, maka secara tak langsung setuju MA63
dan bila setuju MA63, bukankah itu setuju Sabah for Sabahan kala MA63 makna
sebuah wilayah yang berautonomi penuh samalah maknanya Sabah for Sabahan.
Hakikat yang kita perhatikan sekarang rata2
pemimpin Sabah yang duduki kerusi kabinet kelihatannya semacam burung BEO
bersuara dan hanya main angguk-angguk untuk selamatkan kerajaan yang sudah
nazak tetapi dalam masa sama hati mereka konon perjuangkan MA63 dan itu kita
tahu kaki kanan mereka di Sabah dan kaki kiri mereka Najib peggang. Inilah
hakikatnya.
Bila kaki kanan di Sabah dan kaki kiri Najib
peggang makna mereka serba salah sedang hakikat sudah diketahui dan sebaliknya
mereka tidak akan berani melawan Najib kesan termakan budi dan masing-masing
nyawa mereka kena peggang dan contoh bila Bung Mohktar bersuara maka siap
sedikit ia dikatakan salah guna kuasa dan samalah macam Muhyiddin sudah mula
dibicarakan tong tahi dan tidak hairan Musa Hitam pernah berkata, kalau ia
melawan siap ia sendiri dituduh meliwat sama.
Inilah ketakutan-ketakutan mereka dalam BN
akan menerima nasib sama ke Sungai Buluh dan akhirnya terpaksalah menjadi si
burung beo suaranya sudah diatur meski ekor penuh tahi babi.
No comments:
Post a Comment