OLEH: E. SORAYA EGG
Wednesday August
24/2016
1.PERJUANGAN non partisan dan NGO Sabah berhubung hak dan
Sabah for Sabahan sudah menampakan kesannya dapat diterima oleh sesiapa yang
merasa rugi dalam gagasan Malaysia.
2.Pejuang pejuang hak Sabah tidak lagi terbatas hanya pada
NGO tetapi komponen BN dan kumpulan atau individu sudah mulai mempromosi MA63
diceruk daerah hinggalah ke pendalaman.
3.Adakah
mereka sudah sedar perjuangan mereka selama ini salah hanya menodai hak rakyat
demi poket mereka atau merasa pengaruh mereka kian terhakis.
4.Rakyat kena awasi gerakan ini kerana mereka adalah agen
BN untuk menyambung talian hayat kerajaan yang terdesak akibat pemimpin mereka
tamak dan tidak jujur pada rakyat.
5.Rakyat Sabah kena tolak UMNO adalah merupakan halangan
besar untuk merealisasi impian rakyat Sabah dan selagi parti Melayu ini
bertapak di Sabah adalah amat sukar mencapai objektif negeri menjadi sebuah
negeri beroutonomi penuh.
6.Atas alasan pemimpin pemimpin Sabah yang boleh
berkerjasama dengan UMNO saja akan dipilih menjadi pemimpin untuk menguatkan
cengkaman di Sabah supaya tidak kehilangan sumber dari negeri kaya dan makmur
dengan hasil bumi anugerah Allah.
7.Mereka ini adalah golongan hikpokrit perlu dihapuskan
dalam kamus politik Sabah penyebab utama kerugian dan negeri termiskin dalam
Malaysia.
8.Membuktikan pemimpin yang ada sekarang ini tidak mampu
memperjuangkan hak Sabah terbengkalai sejak 1963 lagi kerana apa mereka buat
selama ini.
9.Kecenderungan rakyat Malaysia menukar kerajaan ketahap
kemuncak tanpa berfikir panjang rakyat kena sokong untuk perubahan ini dan
percayalah penghijrahan ke satu situasi akan membuka harapan Baru......
No comments:
Post a Comment