(kalau sauh sudah dilabuh)
OLEH:
ISMAILY BUNGSU
Sunday
August 28/2017
KELIHATANnya ini Najib berbahasa aneh dan tidak mahu ke depan terus bertahan
di lokasi sama. Tak hairan Malaysia jauh tertinggal dan Mymar, Vietnam sendiri bakal
meninggalkan.
Dulu Korea jauh
termiskin banding kita dan sekarang korea jauh sangat meninggalkan kita dan
sama juga kalau dibandingkan dengan Singapura dan negara jiran di sekitar juga
mula menjarakkan kita.
Kita
bakal sama seperti Indon puluhan tahun lalu atau bakal teruk banding bangla,
Mnymar atau filifina dan untuk bandingkan dengan australia, jepun, hong kong
atau negara lain itu jauh sekali bezanya.
Bila
sauh sudah dilabuh, lalu bagaimana kita mahu bergerak ke depan dan kesannya
kita terus berada di lokasi sama sedang yang lain terus menuju ke sasaran
negara maju.
22
tahun dibina oleh seorang Mahathir dan kesannya kita akan menjadi sebuah negara
yang dibebani dengan hutang dan banyak harta negara telahpun digadai dan kita
lihat kesan hutang tak dapat diselesaikan, maka kerajaan yang menjamin 1MDB
kena bertanggungjawab.
Bila
disebut kerajaan maka itu makna kita semua dan hutang itu merupakan hutang
rakyat dan untuk membayarnya itu sebab kerajaan ambil secara paksa dari poket
rakyat kesan GST dan tidak hairan GST bakal meningkat persennya.
Bersiap
sedialah rakyat jelata yang baik hati dan terkenal sebagai dermawan kepada Vvip
dan terbukti dana YAPEIM hasil derma ahli perniagaan dan derma orang
perseorangan demi membantu anak yatim dan orang susah telah digasak dana itu dengan
meletakkan ahli-ahli UMNO berkerja di sana dan dikira gaji juta setahun untuk
beberapa orang termasuk ahli lembaga pengarah yang ambil kesempatan.
Sauh
yang dilabuh harusnya kita bongkar di PRU14 dan kita ambil alih agar terus
bergerak dan bergerak demi masa depan negara bangsa.
No comments:
Post a Comment