OLEH: E SORAYA EGG
Tuesday August
16/2016
1. APAKAH kita sedar dari 1963 -2016 Sabah penyumbang
besar tetapi dapat pulangan yang sedikit baik ekonomi mahupun politik dari
persekutuan.
2.Keadaan sekarang telah
berbeza. UMNO di Semenanjung berpecah, tindakan yang dimulakan oleh Tun M
selamatkan Malaysia dan menggulingkan Najib. Siapa pernah menyangka BN/UMNO di
Semenanjung berpecah sebegitu teruk dan Sabah sudah mulai tahap kesedarannya
terhadap hak mereka semakin tinggi.
3. Apakah kita akan terlepas lagi peluang
keemasan sebegini atau apakah kita kekal sebagai fix deposit untuk kepentingan
kestabilan politik di Malaysia Barat yang kecelaruannya kini berada pada tahap
gaban dan amat sukar dibetulkan?
4.Saya katakan TIDAK
PERLU. Kita mesti FOKUS menuntut HAK KITA dan memajukan diri agar tidak terus
bergantung harap kepada mereka.
Tuntutan kita perlu
diteruskan secara agresif berpaksi empat perkara teras: keselamatan,
pendidikan, pembangunan, dan agihan kuasa sebagai asas perjuangan agar seimbang
dengan apa yang ada di Malaysia Barat malah kalau boleh lebih baik kerana kita
punya pelbagai sumber dan kekuatan.
5.Kita hanya menuntut
hak kita, Simpanan deposit kita yang telah digunakan untuk pembangunan di
Malaysia Barat semasa era-era pemerintahan sebelumnya. Tidak salah mengambil
hak dan pelaburan kita selama ini beserta keuntungannya sekali.
6.Yang utama jangan lagi
kita bercakaran seperti sebelumnya. Kekalkan perpaduan dan keharmonian. Kerana
Sabah mempunya potensi besar dan sumber hasil yang banyak anugerah Ilahi yang
belum diterokai baik di darat mahu pun di laut.
7.Sabah juga mempunyai
perpaduan yang tinggi jika dibandingkan di Malaysia Barat walaupun pelbagai
etnik,anak anak Sabah mempunyai kepakaran, kemahiran, dan kecenderungan yang
berbeza.
Gunakannya sebagai
pertimbangan membangunkan masyarakat di Sabah. InsyaAllah, kita akan kekal
bermuafakat.
8.Gunakan kelebihan
anugerah Allah kepada negeri kita dengan tanah yang subur dan khazanah di perut
bumi tak terkira nilainya sebagai senjata berlindung seandainya kita
bersendirian InsyaAllah kita terus hidup makmur.
9.Dengan syarat utama,
kita mesti memilih pemimpin yang boleh membawa kemajuan kepada kita secara
kolektif, bukannya seseorang yang hanya boleh menjaga kepentingan kita sahaja.
Apa yang kita mahukan
adalah seorang pemimpin yang kreatif yang boleh membuka peluang yang luas untuk
kita berusaha dan mendapatkan rezeki serta menjamin kelestarian anak cucu kita.
10. Terpulanglah kepada
kita untuk memilih senang atau susah. Itu hak kita.
No comments:
Post a Comment