( menyatakan itu takdir sama sekali tidak benar)
OLEH: NURLIYANA
ABDULLAH
Thursday August
18/2016
MEMANG akhirnya apa saja yang menentukan kejayaan
atau kegagalan kita ialah Allah.
Tetapi jangan lupa Allah suruh kita berusaha dan berdoa
dan apakah kita sudah berusaha dan berdoa dan mengkaji segala kelemahan
sebab-sebab kita gagal?
Ramai yang menyatakan bila Keadilan gagal di PRU-13 dan
PRU sebelumnya selalu ramai yang menyatakan itu memang takdirnya dan bila
disebut takdir makna seolah kita ini tidak perlu berusaha dan ini jelas salah.
Sebenarnya orang Islam yang selalu menyatakan takdir
menentukan semua nasib adalah berlawanan dengan ajaran Islam itu sendiri sebab
mana mungkin Nabi Muhammad s.a.w berperang dalam 72 medan pertempuran untuk
meneggakkan ugama Islam.
Kenapa umat Islam seluruh dunia lemah dan ada yang mundur
dan jatuh dalam kehinaan selepas mereka mencapai zaman keagongan dahulu dan
jawabnya jelas orang-orang islam tidak berusaha seperti yang diajarkan oleh
Al-Quran itu sendiri.
Kita membaca sejarah Andalusia yang melahirkan Ibnu
Kindi, Kaldum, Sina dan ilmuan yang hebat abad ke-4 hingga abad ke-11 dan
ketika itu ilmuan-ilmuan di zaman itu cukup mengkaji isi al Quran dan sunah/hadis
nabi sebaliknya sesudah abad ke-10 mereka tidak lagi melihat ajaran A-Quran itu
dan di situ bermulalah masjid-masjid di Andalusia hanya dijadikan muzium dan
tidak lagi menjadi pusat ilmu di dunia ketika itu.
Sebaliknya kesan Raja Peranchis ke-2 belajar di sana dan
ia terjemah semua ilmu yang orang Islam cipta diangkut ke barat dan barat
praktikkan ilmu itu, makanya barat yang gelap menjadi bercahaya dan ketika itu
perkataan aljebra, zero dan segala ilmu sain, kedoktoran dan sebagainya yang
dihasilkan oleh orang islam hanya menjadi kenangan abadi.
Nah, kembali kepada persoalan kenapa Keadilan masih gagal
mengalahkan atau menumbangkan kerajaan BN yang jelas korup dan khianat, maka
itu bukan kerana takdir dan bukan kerana kemenangan yang ditangguhkan tetapi
kepimpinan yang ada tidak melihat kelemahan diri dan tidak berusaha secara
lebih gigih.
Sebenarnya kenyataan orang-orang kita yang selalu
menyatakan takdir itu menentukan segalanya hanyalah sengaja berdaleh atau
mencari alasan menyalahkan takdir kesan diri sendiri tidak mahu akui kelemahan
diri yang jelas berlaku di depan mata.
Napolen yang menakluki tiga suku bahagian Eropah pernah
berkata " apa gentar kepada keadaan, akulah yang menentukan keadaan itu
" katanya dan itu semangat yang cukup kental dan tidak menyalahkan takdir.
Kemudian saya merujuk juga semangat bangsa Cina yang
mengganggap bahaya itu sebagai peluang dan beza dengan yang islam bahaya itu
kalau dapat dijauhi dan kesan bahaya itu merupakan peluang maka akhirnya cina
menjadi orang yang selalu berjaya dalam dunia perniagaan.
Makanya dalam politik juga demikian, ahli-ahli dan para
pemimpin keadilan untuk mahu berjaya kena usaha lebih dan elak menunggu kuasa
dari langit dan usaha dekati rakyat dan usaha menggunakan bahasa yang berhemah
serta memujuk sebab petunjuk-petunjuk yang ditunjukkan oleh Nabi merupakan satu
kunci usaha yang menjadikan kita berjaya.
Insya Allah jika segala petunjuk Nabi diamalkan disamping
yang diajarkan melalui Al Quran di mana saja kita akan pasti berjaya dalam
semua perkara dan tentu saja usaha dan doa amat diperlukan seperti
diperintahkan oleh Allah.
No comments:
Post a Comment