PENDEKATAN BISIK....BISIK LEBIH BERKESAN DARI BISING...BISING ...SALAK BUKIT


OLEH: E. SORAYA KIGIS
Friday August 12/2016

1. PENDEKATAN dua pemimpin Sabah dan Sarawak untuk menuntut hak negeri mereka yang didakwa oleh rakyat telah dinodai oleh kerajaan pusat menyangkut maruah dan kerugian kepada negeri masing masing.

2.Kedua dua negeri ini adalah talian hayat dan kayu ukur Barisan Nasional untuk kelangsungan pemerintahanya. Hanya perbezaan Sarawak mengharamkan Parti Melayu ini bertapak di negeri itu tapi Sabah UMNO menjadi landlord sentiasa akur apa saja keputusan parti a.k.a sudah terjajah dan semua keputusan kerajaan negeri dipengaruhi pusat walaupun tidak secara langsung.

3.Sarawak menuntut autonomi penuh agar semua kuasa yang hilang dikembalikan di negeri itu kerana mereka melihat hambatan pembangunan negeri dan seolah olah kebebasan mereka terhalang sebagai rakyat merdeka.

4.Barisan Nasional Sarawak mendapat mandat rakyat PRN lalu kerana dijanjikan oleh pusat untuk menurunkan kuasa kuasa atau autonomi penuh kepada negeri itu tetapi macam ada halangan kerana pusat berdolik dalik sehinggalah kenyataan pemimpin pemimpin negeri itu memberi kata dua kepada kerajaan pusat kehilangan 31 kursi parlimen atau janji ditepati sebelum PRU 14 hanya tinggal 18 bulan lagi.


5.Ini kah dikatakan jiwa merdeka dengan pendekatan BISING ....BISING ...SALAK BUKIT tanpa takut takut kerana tidak ada perkara perkara disembunyikan atau minta dilindungi dari pemerintahan pusat....mungkin si Adenan tidak kaki curi balak dan jenis vaccium.....hahaha ...atau ada simpanan wang di Swiss dan HongKong.

6.Di negeri di bawah masuk angin ini mengambil pendekatan Cool tidak mahu SALAK BUKIT hanya BISIK...BISIK ditelinga MO1,sungguh amat berkesan hampir semua yang diminta tertunai kecuali RCI hasilnya kurang memuaskan dikebanyakkan hati rakyat Sabah kerana apa... itu talian hayat UMNO Sabah.
7.Hasil pendekatan yang sopan dan cool ini amat dipersetujui orang ramai tapi yang hairannya pemimpin pembangkang pun puji pendekatan ini memberi Thump up kepada ketua menteri ðŸ˜‚😂😂

8.Akta 144
AKTA KEMAJUAN PETROLEUM 1974
Suatu Akta untuk membuat peruntukan bagi pengeksplorasian dan pengeksploitasian petroleum sama ada di pantai atau di luar pantai oleh suatu Perbadanan yang padanya akan diletakkan seluruh pemunyaan dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan eksklusif berkenaan dengan petroleum tersebut, dan untuk mengawal penjalanan aktiviti penggunaan dan pemajuan yang berhubungan dengan petroleum dan keluarannya; bagi membuat peruntukan mengenai penubuhan suatu Perbadanan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] atau di bawah undang-undang yang berhubungan dengan pemerbadanan syarikat dan mengenai kuasa Perbadanan itu; dan bagi membuat peruntukan mengenai perkara yang berkaitan atau bersampingan dengannya.

01 Oktober 1974; P.U. (B) 501/1974]
Oleh kerana pendekatan bisik....bisik ternyata walaupun ramai merasa ajaib tanpa pindaan akta 144 ini tup...tup...Sabah dapat kawasan telaga minyak dan ekuiti 30%. Ramai pula musykil kenapa telaga telaga minyak onshore itu tidak dituntut milik 100% kerajaan negeri macam hak tanah dan perhutanan dan galian terletak dalam kedaulatan negeri.

9.Ini lagi satu hal..besar....penurunan Kuasa daripada Persekutuan kepada Kerajaan Negeri telahpun dilaksanakan.. Beberapa undang undang yang ingin dikuatkuasakan oleh persekutuan di negeri Sabah juga telah ditolak kerana bercanggah dengan Perlembagaan Sabah.

Wah... powerful ini cm setahu kita bila ada pertidihan undang undang negeri dengan persekutuan secara outomatik undang undang negeri terbatal....

10.Ini bukan lucu tapi ini bersumberkan dari dewan....kamu percayakah atau tidak itu kamu punya hal........SELAMAT PAGI DAN SALAM S4S.


Top of Form



No comments:

Post a Comment