OLEH:
ISMAILY BUNGSU
Sunday
August 07/2016
KEBANGKITAN Rakyat Sabah melalui
jelajah DSSA telah menaikkan semangat rakyat Sabah untuk siap hadapi pilihraya mendatang.
Semangat penyatuan itu
kian ketara bila mana DSP Lajim Ukin selaku Pengerusi MPN Sabah hadir di acara
jelajah DSSA itu di Kota Belud baru-baru ini.
Lagi meyakinkan
menumbangkan BN bila mana pemimpin kanan PCS/Datuk Kalakau Untol sana hadir.
Ini cukup merisaukan Musa Aman selaku pemimpin BN di Sabah.
Kehadiran ketiga pemimpin
itu bersama pengikut mereka di Kota Belud merupakan titik pertama untuk siap
menghadapi pilihanraya mendatang secara kerjasama.
Selesai pertemuan itu
dan pertemuan di Membakut/Tenom yang cukup memeranjatkan maka PKR bawah
pimpinan DSL Lajim terus mengadakan kursus pilihan raya di Hotel Shangrila Kota
Kinabalu baru-baru ini.
Kursus yang diadakan
mulai 6-7 Ogos itu dirasmikan sendiri oleh DSP Lajim Hj Ukin.
" Kita siap
menghadapi pilihanraya dan jentera kita memang sudah sedia ada, cuma kursus
yang ada sekadar menambah baik pengalaman yang ada dan kali ini kita akan sedia
berkerja sama dengan sesiapapun untuk mengambil alih pemerintahan BN yang
banyak sangat masalah" Kata DSP Lajim dengan penuh yakin.
Kerjasama yang
diperlihatkan antara DSSA/DSPL dan Datuk Wilfred memang sesuatu yang menakutkan
BN dan ini meyakinkan rakyat Sabah untuk menumbangkan BN di PRU-14 akan datang
ini.
Reformasi disertai
slogan " Sabah untuk Sabahan" dan juga "Sabah Ubah" cukup
mengerunkan dan itu merupakan satu petanda yang baik untuk Sabah melihat Sabah
Baru menolak BN dan memunculkan kepimpinan baru dinamakan SABAH BARU.
Siap bangkit Sabahan!
Siap bangkit Sabahan!
Siap bangkit Sabahan!
No comments:
Post a Comment