OLEH:
ISMAILY BUNGSU
Jumaat
Ogos 12/2016
BILA
saya terima tawaran DS Shafie Apadal untuk berkerjasama melawan
kerajaan zalim, maka itu saya sedar akan berhadapan dengan segala macam fitnah,
diaibkan, dimaki hamun dan jelas tidak lama kemudian munculkan kenyataan yang
mengatakan seorang DS Shafie - DSSA sebagai besi buruk dan saya pula keluang,
seluang dan tukang jaja besi buruk.
Tidak
mengapa dan itu tidak akan meruntuhkan ketahanan perjuangan kami dan memang
saya sudah bersumpah tidak akan memaki sesiapapun yang memaki dan tidak akan
mengaibkan meski kami diaibkan sebab perjuangan kami bukan saja usaha
menjelaskan yang benar sebalik usaha mendidik sesiapapun supaya berhemah kala
berkata-kata dan sunah/ajaran Nabi menjadi pedoman dan panduan untuk terus
berkerja demi Sabahan.
Serentak itu DS Shafie Apdal berulang kali
menasihati para penyokongnya agar selalu berhemah kala berhujah dan jangan
sekali-kali berkata kesat atau memaki hamun dan penyokong kena menerima adanya
diri DSSA.
Memang
untuk meneggakkan kebenaran itu terlalu pahit tetapi manis kesannya dan ini
kena faham, makanya setiap penyokong kena kaji carannya Nabi membawa sebar
kebenaran dan segalanya memerlukan kesabaran.
"
Biarlah mereka benci kita dan kita jangan sekali membenci mereka " Kata
DSSA dan itulah harapannya buat penyokong-penyokongnya.
No comments:
Post a Comment