OLEH:
ISMAILY BUNGSU
Wednesday August 10/2016
" SAYA pantang masuk Melayu " katanya suku Dusun yang bukan islam
agamanya. Kenyataan itu benar dan tidak boleh kita salahkan.
Kenapa demikian?Jawabnya perlembagaan kita
tidak betul dan SALAH/ini kena kaji dan bincang semula.
Rujuk bahagian X11( am dan pelbagai)
Tafsiran 160(2) hal Melayu dijelaskan yang menganut agama Islam dan menurut
adat istiadat Melayu.
Nah, tersentuh yang kenyataan Dusun tak
Islam agamanya itu jelas tepat bukan kerana tidak akui Melayu tetapi ia menolak
Islam agama sebab Islam bukan paksaan. Nampak? Kalau ada paksaan peluk Islam
makna tidak sah/tidak perlu risau.
Baiklah, saya usaha kembali maksud MELAYU
itu secara rengkas dan mudah difahami dan ini menyebabkan ramai keliru dan
hingga kala dulunya pernah Datuk Masidi Manjun dan Mufti Sabah kena hina kutuk
kala mengatakan Dusun rumpun Melayu dan Memelayukan Dusun.
Masidi mengatakan Dusun Rumpun Melayu
adalah tepat tetapi maksud Memelayukan Dusun salah sebab Dusun itu suku tetap
dusun, murut tetap murut tak boleh dimelayukan kecuali dikatakan Rumpun Melayu
kesan asalnya kepulauan Melayu.
Keduanya saya ulas sepadat mungkin.
Pertama yang saya tanya kala bicara Melayu,
harus dibagi dua iaitu Melayu Akademik atau melayu perlembagaan.
Melayu Akademik sebenarnya tidak Islam
agamanya sebab Islam belum berkembang di Tanah Melayu, sedang Melayu sudah ada.
Rujuk sejarah Proto Malay yang datang dari
benua Asia tahun sebelum masehi 2,500 dan dari Indochina 300 tahun sebelum
masehi. Mereka itu datang ke tanah melayu dan kawin dengan yang sakai, Jakun,
Asli. Itu rengkasnya.
Bermula sejarah Melayu belum mengenal Islam
itulah hingga ke abad 12-13 baru diketemukan batu bersurat di Trengganu dan itu
mengheret ke abad 15 perkembangan Islam di Melaka dikembangkan oleh Parameswara
dan Cheng Ho.
Nah, keadaan itu hinggalah terkait 1946 dan
kemudian terkait merdeka 1957 dibentuk perlembagaan dijelaskan di bahagian
X11(ama dan pelbagai) tafsiran 160(2) itu.
UMNO ditubuhkan jelas di Istana Johor dan
kita tahu sultan Johor itu apa sukunya dan di Johor sendiri terkait bangsa
dimaksudkan dan ketika penubuhan UMNO itu tidak disebut ditubuh oleh bangsa apa
sebab rata-rata yang datang orang semang, sakai, jakun kecuali disebut
persatuan guru-guru Melayu dari Negeri Selangor. Ini Hakikatnya.
UMNO itu sendiri asalnya UMO dan kemudian
Pendita Zaaba tambah huruf "N" menjadi nasional dan sudahnya UMNO
ditubuhkan di Istana Johor keturunan Raja Bungis dan inilah FAKTAnya.
Jadi, sudah jelas bila bercakap soal Melayu
kita kena faham dan mesti berbicara dua perkara, sama ada Melayu Akademik atau
melayu perlembagaan.
Melayu itu jelas Islam agamanya dan UMNO
itu mestilah benar jika hanya disertai yang Islam agama sahaja/kalau mahu dan
yang bukan Islam dalam UMNO di Sabah jelas golongan ketiga yang terpinggir dan
memang selalu diketepikan. Fakta jelas! Lalu untuk apa sertai UMNO dan orang
KDM/tak islam sertai saja PCS atau parti lain yang DSSA sertai/tubuh nanti.
Ketua UMNO Bahagian terdiri dari Rubin
Balang, Ambrose dan Kiande serta ahli lain tidak mungkin tidak tahu sejarah ini
dan itu sebab ahli UMNO kalangan tidak terkait tafsiran dimaksud merupakan
kelas ketiga dan yang lain di Sabah/islam agama kelas kedua sedang yang pertama
tadi Melayu Malaya.
Kenapa saya katakan perlembagaan itu tidak
benar dan salah?
Mudah sahaja dan saya bertanya jika orang
putih, atau Jepun atau Keling berkulit hitam, cina bermata sepet tahu berbahasa
Melayu/amal adat melayu dan Islam agamanya apakah mereka itu boleh kita katakan
BANGSA MELAYU seperti tafsiran perlembagaan?
Para professor, dekan dan ilmu sejarah
serta yang bijak pandai di UMNO atau Universiti kena jawab ini.
Seterusnya saya nyatakan bahawa saya tidak
pernah berbangga dengan bangsa saya sebab saya sendiri ada darah
Dusun/Brunei/Iban dan Bisaya entah apa bangsa saya.
Cuma saya bangga kerana saya lahir beragama
Islam dan kenapa saya tak bangga sebab banyak bangsa di dunia hilang begitu
saja akhirnya meski Hang Tuah kata Melayu tak akan hilang di dunia dan itu
karut hanya retorika politik yang tidak berdasar akademik dan dunia nyata.
No comments:
Post a Comment