RUMAH TERBUKA RAYA MPS MAMPU MEKARKAN SEMANGAT KERJA BERPASUKAN.....ZAKARIA

GAMBAR KELIHATAN….Hamsan menyampaikan cenderakenangan kepada Zakaria (tengah) sambil diperhatikan oleh pegawai-pegawai MPS yang lain

OLEH: BERKURAP BIN BERKUDIS
www///sabahinsider14.blogspot.com
Thursday August 04/2016

SANDAKAN:-  Majlis Aidil Fitri MPS (Majlis Perbandaran Sandakan) secara tidak langsung mampu memekarkan semangat kerja berpasukan di kalangan kakitangan organisasi.

“Kerja berpasukan mempunyai banyak kelebihan kerana ia saling bergantung dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengetahuan serta komitmen terhadap prestasi pasukan dan bersedia melaksanakan tugasan secara bersama.”

Demikian dinyatakan oleh Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Zakaria Haji Mohd Edris dalam ucaptama beliau di majlis berkenaan yang diadakan di Dewan Masyarakat Sandakan di sini kelmarin.

Nilai kerja ini seharusnya dikekalkan bagi memberi manfaat kepada MPS serta menjadi budaya kerja di kalangan kakitangan, tambah beliau.

“Di Aidil Fitri inilah kesempatan terbaik sekali untuk saling melupakan semua perselisihan dan persengkatan seterusnya mengukuhkan kerjasama di antara individu dan bahagian. Ambilah peluang ini untuk saling bermaaf-maafan dan mengukuhkan lagi persahabatan yang sedia terjalin,” kata Zakaria lagi.

Menurut Zakaria, Hari Raya Aidil Fitri disambut sebagai kemenangan mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. Kemenangan ini bukan sahaja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan minum selama sebulan pada siang hari di bulan Ramadhan.

“Ia juga merupakan kemenangan menghalang diri daripada melakukan apa jua perkara yang dilarang. Ini selaras dengan pelbagai cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh para penjawat awam khususnya di pihak berkuasa tempatan dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan,” katanya lagi.

Semoga amalan dan usaha mengekang nafsu dan cabaran sepanjang bulan Ramadhan yang lalu dapat diteruskan dan diaplikasikan dalam kehidupan harian dan juga tugasan yang digalas. Sekiranya kita lemah untuk mengawalnya, ia akan memberikan kesan yang tidak baik bukan sahaja kepada diri sendiri malah kepada organisasi yang sentiasa berhubung dengan masyarakat sekitar, kata Zakaria.

Majlis yang dianjurkan Badan Kebajikan Islam MPS turut dihadiri oleh Timbalan Presiden MPS Haji Mohd Hamsan Haji Awang Supain, Panglima Pangkalan Hadapan TLDM Laksamana Pertama Dato Saifudin Kamarudin, ketua-ketua jabatan negeri serta persekutuan, ahli-ahli MPS, semua warga MPS dan pemimpin- pemimpin masyarakat.




No comments:

Post a Comment