PENULIS HARUS BANGKIT


( tiupkan semangat juang melawan)

OLEH: NURLIYANA ABDULLAH
Jumaat Ogos 12/2016


SAYA melihat penulis masa kini begitu lemah dan goyah dan rata-rata penulisan mereka mudah terbang melayang semangatnya dan inilah antara gambaran semangat anak bangsa kita di Sabah.

Memang kekadang saya melihat dan perhatikan di awal perjuangan mereka cukup bertenaga dan kemudian setelah mendapat habuan( tidak semua) mereka jadi goyah dan kesannya mereka itu menjadi penulis upahan atau membangsatkan diri terus menyokong pengkhianat bangsa sebenarnya.

Penulis-penulis yang ada sekarang tidak lagi seperti penulis zaman merdeka yang meniupkan semangat melawan dan kesan tulisan-tulisan itulah rakyat bangun dan siap ke jalan raya untuk menentang penjajah ketika itu,sekarang jauh sangat bezanya.

Rakyat di bandar, pekan dan ulu2 perlukan pembelaan dan mereka kekadang tidak tahu apa yang telah berlaku di sekitar mereka dan di sini kaum politikus seiring dengan penulis harus bangkit dan bangkit menulis apa saja yang benar.

Mereka yang di pedalaman perlukan pendedahan dan selama ini mereka dimomokkan oleh berita yang tidak benar sehingga pemikiran mereka terpesong jauh sangat dan itu sebab-sebabnya mereka anggap pemerintah yang ada sekarang di lokasi terbaik.

Kita ini semua ada tanggungjawab dan peranan masing-masing dan sang penulis memang merupakan kerja seniman yang cukup digeruni oleh kerajaan yang memerintah kesan banyak sangat kerajaan di dunia ini jatuh kesan usaha kaum penulis yang mengkritik dan membongkar segala perbuatan yang merosakkan negara.

Kaum penulis harus kembali ke akar dan harus semula melihat peranan sebenarnya bukan membawa atau menyokong kemungkaran, khianat dan segala macam yang nanti bakal di tanya di akhirat kesan perbuatan penulis yang tidak bertanggungjawab itu kesan demi perut keluarga anak bini.

Bagunlah dan negara bangsa siap memerlukan kamu untuk pembelaan rakyat jelata dari kerajaan yang jahat zalim dan korup.


No comments:

Post a Comment