KURANG BGERSIKAP POSITIF KETUA-KETUA JABATAN/SWASTA LAMBAT CAPAI KEMAJUAN


OLEH: NURLIYANA ABDULLAH
Wednesday August 24/2016

SAYA perhatikan ramai pemimpin politik termasuk ketua-ketua jabatan atau syarikat swasta kurang bersikap positif dan kesannya lambat untuk mencapai kemajuan.


Rata-rata kalangan kita yang saya lihat baik di jabatan atau syarikat hanya berharap mendapat gaji/upah tiap bulan sedang kualiti kerja itu semakin bobrok dan ada saja silap di mana-mana dan kesilapan yang berulang itu jelas mereka sebenarnya tidak minat untuk berkerja dan tidak ada usaha untuk memajukan syarikat tempatnya berkerja.

Orang China misalnya sebelum revolusi tahun 1911 tidak mahu menerima ilmu dari barat kesannya china mundur diperbodohkan oleh orang barat, sebalik Jepun sejak 1868 rajin ke barat kesannya jepun mengalahkan kulit putih iaitu Russia di tahun 1905.

Orang kita pula kekadang tidak mahu menerima kritikan dan kekadang kritikan itu dianggap sesuatu yang memalukan dan kesannya yang mengkritik dianggap musuhnya. Inilah kelemahan bangsa kita sebab tidak bersikap positif.

Nabi Muhammad pernah bersabda, katakanlah yang benar meski pun pahit kesannya.

Kemudian masa kini atau di mana saja akan kita baca soal kelemahan melayu terdiri pak haji dan lebai dan sebenarnya membicara keburukkan itu satu doa dan akhirnya itu membawa kesan yang buruk, apa lagi bila mana pak lebai-lebai itu sendiri memperlihatkan sikap yang negatif dan buruk. Maafkan bukan semua tetapi adalah sedikit jumlahnya.

Paling buruk perangai para penulis kita jarang menulis sesuatu yang baik terkait dengan ilmu kesan ayat IQRA yang Allah mahukan orang islam itu mengutamakan ilmu sepertinya ilmuan di zaman Andalusia yang melahirkan ibu sina, kindi, kaldum yang melahirkan perkataan aljebra, zero dan bermacam.

Bila ini tidak diutamakan, maka kita lihatlah sekolah-sekolah  cina cukup gah dengan segala kelengkapan hingga kekadang anak-anak cina sendiri mendapat kelulusan yang cukup baik terutama subjek bahasa Malaysia sedang yang melayu banyak gagal dan jadi layu.

Kita perhatikan di Sabah misalnya peruntukan 160 juta untuk membina 300 buah kelas komputer/internet dan yang hanya boleh digunakan hanyalah sekitar 3-4 buah. Rujuk laporan Audit negara. Ini satu pembaziran kerajaan BN dan kesan anak-anak sabah sendiri malap dan mundur.

Berdasarkan yang saya katakan itulah maka orang Melayu kita terutama pemimpin atasan hanya tahu bercakap tetapi dari segi praktikalnya jauh meleset dan tidak seperti negara Finland. Korea Selatan Hong Kong, Jepun, Belanda, Kanada dan lain-lain yang terbaik dari segi pendidikan.

Kerajaan Malaysia seharusnya melihat keluar dan bukan asyik melaungkan terpanjang, terbesar terhebat, terbilang dan akhirnya tembirang dan kesannya Sabahan termiskin sekali di Malaysia dan pendidikan paling tersorot.

Sesuatu yang cukup memalukan tetapi sayang orang kita jadi terbuai kesan tangki biru dan Br1M.

Inilah bangsa kita kala dikritik begitu cepat melenting terkait hal peribadi dihentam dan kesannya akui bijak tetapi bangang.

Sampai kiamatlah terus bak katak bawah tin.


No comments:

Post a Comment