OLEH:
ISMAILY BUNGSU
Sunday
August 07/2016
A KADIR Jasin menulis konon sudah ada didaftar parti
baru ditaja oleh Tan Sri Muhyiddin dan dikatakan parti baru gabung warisan dan
pembaharuan.
Sebelum ini Tan Seri Muhyiddin Yassin (TSMY) sudah berjumpa dan bincang dengan PH/Kak Wan
Azizah untuk nanti menyatu.
Lalu ramailah yang
mengatakan penubuhan parti baru akan memecahkan undi pembangkang dan kenyataan
itu salah sebab tidak mendalami hati nurani ahli-ahli yang pro Muhyiddin/DSSA.
Kita harus lebih
mendalami soal hati dan ahli-ahli UMNO
yang sokong Mahathir, Mukriz termasuk Muhyiddin dan Shafie di Sabah tentu agak keberatan sertai parti
Keadilan/PKR, sebalik tidak akan berkeberatan untuk sertai parti baru
Muhyiddin.
Rasanya apa yang saya
perkatakan lojik dan masuk akal dan tidak silap kalau saya katakan itulah tindakan
sewajarnya. Barangkali BN memang berkata yang negatif sebab itu strategi
membantu api pecah perintah.
Yang di Sabah juga sama
dan harusnya Datuk Seri Shafie Apdal- DSSA
mengambil tindakan yang sama dan ini sudah dirancang dan diharap allah mudahkan
laluan, lagi telah diakui sendiri oleh DSSA sebelum ini.
UMNO dan PKR memang
bermusuh lewat PRU13 dan kalau di Sabah penyokong UMNO yang pro Shafie sertai PKR maka itu sesuatu yang tidak mungkin
dan kalau mereka sertai dikasih jawatan tentu yang lama dalam parti seolah
disingkirkan. Ini kena fikirkan soal hati ahli2 PKR yang khuatir mengaus.
Oleh sebab di Sabah
slogan PARTI LOKAL itu kuat sangat dan menjadi bualan, maka dikira untuk Shafie
tubuh parti lokal adalah sesuatu yang
sesuai dan tindakan yang tepat.
Di peringkat Nasional
kita sokong penyatuan PH( Wan Azizah) dan parti Tan Sri Muhyidddin untuk rebut
222 kerusi demi kuasai PUTRAJAYA singkir Najib dari kerusi Perdana Menteri dan
ini yang menjadi visi kita.
Sementara di Sabah
harusnya Shafie /Lajim(PH) Pakatan Harapam dan Wilfred dall bergabung sama lawan BN dan
dengan cara demikian kita yakin bisa tumbangkan BN. Inilah formula yang BN
takuti.
25 MP di Sabah pastikan
bukan BN yang menangi dan kemudian selepas PRU14 semua yang menang tadi kesan
di Sabah satu lawan satu hadapi BN akan bersatu untuk tubuhkan kerajaan baru
yang bukan BN.
Nah, saya rasa ini satu
formula yang baik dan kesangsian kalangan kita tidak perlu dan yang penting BN
kena lawan satu sama satu dan jika ada yang tak mahu bersatu dan mahu tanding
25 MP dan 60 DUN jelas itu tamak dan mereka itulah agen BN sebenarnya kesan
dapat berjuta dari atasan.
terkilas ikan di air
sudah tahu jantan betinanya dan kita lihat dan perhatikan apa sudahnya nanti.
Semua kena faham dan
kepimpinan parti yang telus lebih melihat kepentingan Sabahan/Malaysia bukan
peribadi untuk mendapatkan nama sebagai Yang Berhormat. Kita ketepikan dulu
kepentingan peribadi dan kita utama/selamatkan Sabah Malaysia.
Ubah!
Ubah!
Ubah!
Ubah!
Ubah!
No comments:
Post a Comment