KITA GERAK TERUS UNTUK JAHANAMKAN UMNO/BN DI SABAH



OLEH: ISMAILY BUNGSU
Tuesday August 16/2016

SELALU saya katakan, Sabahan tidak perlu risau soal parti yang bakal ditubuhkan oleh DS Shafie Apdal dan itu memang sudah dalam perancangan dan TETAP akan ada.

Sekarang yang penting rakyat Sabah mesti bersatu dan kita usaha terus satukan Sabahan untuk melawan kerajaan yang korup yang menyebabkan rakyat susah dan menderita.

Kita tidak perlu risau adanya pelbagai parti di Sabah ini dan yang penting rakyat kena berikan kefahaman yang UMNO/Barisan Nasional bukan lagi parti yang memperjuangkan rakyat sebalik UMNO/BN hanya perjuangkan kantung kerabat suku sakat sendiri.

Terbukti Sabah merupakan sebuah wilayah yang cukup kaya tetapi kesan rakusnya pemimpin atasan UMNO/BN yang tidak peduli kepentingan rakyat, maka Sabah muncul sebagai wilayah yang termiskin sekali, malah pendidikan asas merupakan yang paling tersorot di Malaysia serta paling ramai memohon bantuan miskin tegar.

Kita sudah merdeka sejak 1963 tetapi kita masih lagi dimanisi dengan pemberian Tangki Biru sedang yang rakyat mahukan ialah kemudahan asas paip air ke rumah-rumah rakyat di kampung, mukim dan pecan-pekan kecil yang masih terbiar.

Api letrik juga masih dalam keadaan mundur dan masih banyak rumah-rumah di pedalaman tidak punya api letrik disamping masih menggunakan air sungai yang tercemar kesan pembalakan haram oleh mereka yang berkuasa di Sabah.

Rakyat tidak boleh lagi main angguk dan kena bangun bersama pemimpin yang memang tahu sikap dan tindakan mereka di Kuala Lumpur dan sikap main angguk pemimpin tempatan dari Sabah yang sama dalam Barisan Nasional juga harus sama kita tolak sebab mereka sama mengkhianati keinginan rakyat di Sabah.

Jika Sabahan tidak berubah dan tidak menolak BN di PRU-14 akan datang ini, maka jawabnya anak cucu cicit kita bakal menderita dan menjadi pelarian di tanah air sendiri.

Makannya tiada pilihan rakyat seluruh bangsa di Sabah yang cintakan Sabah harus sama bersatu menolak BN dan jangan sekali-kali undi kita diberikan kepada BN dan BN harus kita TAPUNGKANGkan di Sabah termasuk di Semananjung dan kita mahu selepas PRU-14 akan muncul satu kerajaan yang lebih baik dan bertanggungjawab terhadap rakyat yang sejumlah 30 juta umat.

SabahUbah
reformasi
Sabah untuk Sabahan 
Sabah Baru


No comments:

Post a Comment