TERKENAL TERPANJANG TERBILANG


( kesan termakan dedak jadi sewel otaknya)
OLEH: NURLIYANA ABDULLAH
Monday August  15/2016


PEMAKAN dedak di Malaysia gunakan TV3/Utusan media apa saja yang kerajaan kuasai untuk meroyan seperti orang gila.
Mereka katakan tak mahu negara asing campur tangan di Malaysia. Siapa sebenarnya yang campur tangan?
Mereka ini terdiri kalangan yang buta dan tuli serta pekak telinganya seperti si buta yang keluar dari gua hantu sejak bertahun jadi bebal dan bangang.
Peguam negara Amerika tidak campur tangan soal 1MDB dan mereka hanya ambil perhatian mereka yang beli aset di Amerika berbilion dan itu mereka tercium bahu kesan duit haram dan itu yang mereka kuiri. Itu tanggungjawab mereka di negara mereka.
Apakah yang makan dedak tidak tahu atau pura-pura buta tuli dan pekakkan telinga sendiri?
Membuta tuli melolong teriak macam orang gila di TV memang memalukan dan memualkan kita sebagai rakyat Malaysia dan kelihatannya ramai kalangan pemakan dedak sudah dimaslankan dan kesannya mereka meroyan seperti orang sewel dan gila.
Mereka ini lupa yang memulakan soal wang haram mengalir ke luar negeri ialah Bank Negara sendiri dan kemudian SPRM, peguam negara dan PAC disamping beberapa VVIP yang akhirnya dipecat oleh Najib sendiri. Apakah mereka lupa semuanya?
Kesan ianya dimulakan di Malaysia, oleh rakyat Malaysia sendiri maka terkait pembelian aset di Amerika dan itu meragukan Amerika dan adalah menjadi tanggungjawab untuk siasat dan saman jika ada yang meragukan terjadi di negara mereka. Itu tiada kaitan dengan kenyataan campur tangan orang asing.
Kejadian sama bukan saja di Amerika malah di Singapura, Hong Kong, Switzearland dan mereka lakukan kesan menjaga integriti perbankan di negara masing-masing dan soal campur tangan tidak terkait.
Kasus 1MDB jelas tidak ada ketelusan bila akta demi akta dicipta untuk melindungi pencuri termasuk akta OSA dan terbaru akta NEC dan tujuannya jelas mahu menutup kelemahan tindakan pemimpin atasan.
Kita sendiri tidak mahu negara asing campur tangan di negara kita sendiri tetapi campur tangan ini ini bukan luar biasa tetapi sudah acapkali dilakukan oleh Amerika, soalnya yang ada sekarang bukan campur tangan sebalik mereka hanya kuiri kasus pembelian aset di negara mereka sendiri yang cukup meragukan setelah disiasat.
Ada benda yang kita setuju dan ada yang setuju dan kasus 1MDB kesan dalam negara tidak akan dapat dibongkar kesan di sana sini asyik disembunyikan maka kita setuju aset2 yang dibeli itu disiasat dan ditahan/dibekukan segala aset itu dan dikaji apakah benar dananya dari 1MDB yang dicuri.
Yang berkenaan tidak perlu khuatir dan pemakan dedak tidak perlu teriak melolong di TV3 tiga suku atau di mana-mana media yang BN kuasai dan berikan kerjasama dan biar disiasat.
Jika tidak benar, saya setuju kerajaan Malaysia saman saja penguam negara Amerika itu dan buktikan segala tuduhan itu tidak benar dan jika tidak benar kita sebagai rakyat Malaysia siap bangun menyokong bantah.
Tetapi apakah Najib sebagai pemimpin Malaysia berani menyaman? Apakah Salleh, Rahman dan lain-lain berani tampil dan menyaman peguam negara Amerika? Tunjukkanlah keJANTANAN kamu duhai teman!
Peguam negara Malaysia harus tampil ke depan dan minta kerajaan Malaysia bertindak menyaman peguam negara Amerika itu dan bukan menyuarakan di TV3 tiga suku konon bantah campur tangan negara asing.
Inilah kesan termakan dedak yang berlebihan dan teriakan mereka jelas membabi buta dan tidak menggunakan akal otak yang sihat.



No comments:

Post a Comment