OLEH: E SORAYA EGG
Wednesday August
10/2016
1.SUDAH menjadi lumrah manusia mempunyai naluri semulajadi bangga dengan
bangsa dan ada semangat kenegerian sehingga pemimpin pemimpin besar dunia Adolf
Hitler bangga dengan bangsa German bagaimana pula Donald Trump calon presiden
dari Republikan amat bangga dengan orang kulit putih dan membenci kulit hitam
dan Islam di Amerika.
2.Slogan Sabah for Sabahans adalah tidak
bertentangan dengan demokrasi sesuai digunapakai untuk
meningkat semangat sayangkan negeri dan mengujudkan semangat perpaduan di
antara suku suku yang terdiri puluhan etnik yang menduduki Sabah.
3.Slogan Sabah for Sabahans objektifnya memantapkan perpaduan
rakyat Sabah yang terdiri dari berbagai etnik adalah tidak benar membawa bahaya
kepada saudara mara kita yang berbangsa Melayu,Cina dan India di seberang sana
yang lebih membahayakan KETUANAN Melayu seolah olah memberi hak mutlak kepada
bangsa itu untuk menjadi istimewa di antara rakyat Malaysia.
4.Slogan Sabah for Sabahans telah banyak
menimbulkan kesedaran rakyat terhadap hak hak mereka umpamanya tuntutan
pembangunan seimbang dan agihan kekayaan negara adil yang lama telah diabaikan
oleh persekutuan.
5.Tanpa semangat Sabah for Sabahans kita
benar benar terdedah dari manupulasi luar kerana perlindungan Sabah menerusi
MA63 telah tidak dihormati.Sememangnya kita perlu slogan ini demi melindungi
kita sebagai masyarat lemah dan miskin dalam gagasan Malaysia.
6.Adalah amat membosankan pemimpin sering
merujuk pada peristiwa Tanduo dan menggambarkan rakyat Sabah telah amat
berhutang budi dengan kerajaan persekutuan kerana menyelamatkan negeri ini dari
serangan tentera diraja Suluk.Tanpa kerajaan Barisan Nasional,Sabah telah
menjadi wilayah kesultanan Sulu.Saya ingin bertanya apakah angkatan keselamatan
itu milik UMNO atau kerajaan rakyat?
7.👮🏿👮🏿👮🏿👮🏿 Zaman dulu pun Sabah ada pengalaman
serangan asing bermula dengan tentera Jepun dan tentera Indonesia semasa
konfrantasi tapi tidak pernah diungkit dibesar besarkan untuk menakut nakutkan
rakyat supaya terus menyokong Barisan Nasional.
8.Kalau benar pasukan keselamatan yang
berasal dari semenanjung berkorban demi Sabah semasa menghadapi serangan di
Tanduo tapi rakyat Sabah tidak pernah bertanya ada berapa ramai ahli
keselamatan yang terkorban berasal dari Sabah semasa memburu komunis di hutan
belantara tanah melayu.
9.Sabah for Sabahans adalah pemangkit
semangat penduduk Sabah bukan ke arah negatif tetapi menebalkan rasa kekitaan
dan mencari kebersamaan dan menghormati perbezaan.
No comments:
Post a Comment