20 PERKARA ADA MACAM BURUNG BEO


OLEH: ISMAILY BUNGSU
Isnin 0gos 15/2016

KALAU disebut 20 perkara rasanya semua orang tahu termasuk Perjanjian Malaysia 1963.
Kekadang mereka itu suruh kita membaca dan menghayati. Apakah yang suruh kita membaca itu sudah kaji dan tahu maksud 20 perkara dan perjanjian 1963?

Jelas ramai sangat kalangan kita hanya tahu menyebut dan itu saya katakan mereka itu ramai berlagak semacam burung beo hanya ikut2 menyebut tetapi kala ditanya apakah mereka tahu, lalu mendiamkan diri.

Seperti yang saya katakan 20 PERKARA itu hanyalah MEMORANDUM keputusan 5 buah parti untuk disampaikan kepada IGC atau inter-goverment Comitte.

Memorandum itu dikaji dan kemudian sesudah dikaji/dikutip sana sini dihalusi maka yang sah dari segi undang-undang  mahkamah antara bangsa ialah PERJANJIAN 1963 dan 20 PERKARA itu tidak lagi berbangkit kecuali sebahagiannya/tidak semuanya.

Kemudian kalau kita mahu bangkit juga 20 perkara itu, juga sudah saya jelaskan ada beberapa perkara dalam 20 perkara itu sudah terhapus sebab DUN Sabah sejak zaman USNO/BERJAYA dan PBS telah menghapuskannya melalui beberapa enakmen.
Contonya perkara :1 (AGAMA)

DUN Sabah telah meminda perlembagaan sabah dengan menjadikan Islam sebagai agama rasmi tahun 1973, manakala kerajaan persekutuan hanya merestui. kesannya persekutuan memansuhkan perkara 161C dan 161D perlembagaan persekutuan.

Kemudian pada tahun 1986, PBS meluluskan satu pindaan menjadikan DYMM sebagai ketua orang2 Islam di Sabah dan ini satu persetujuan Pairin sendiri bersama ahli DUN Sabah ketika itu.

Cuma yang sekarang ini menjadi persoalan saya kesan pindaan itu ialah di mana letaknya kuasa TYT sebagai ketua agama Islam di Sabah? atau mungkin saja DYMM perturunkan kuasanya dan Ini terus menjadi persoalan semacam mahu meletakkan TYT Sabah jadi serbasalah. Sekadar kerisauan tak semesti benar.

Demikianlah hakikat yang harus kita ketahui tapi tidak salah Ahli2 DUN Sabah bangkit dan suarakan sebagai wakil Sabahan.


No comments:

Post a Comment