NAJIB NAK TUNJUK BAIK DENGAN SABAH


( setelah harta sabah diangkut kikis habis?)

OLEH: ISMAILY BUNGSU
Monday August 29/2016
BERAPA lama sudah kita merdeka? Berapa hasil yang petronas korek dari bumi Sabah dan kemudian angkut ke Malaya milik orang tertentusaja?
Berapa banyak cukai dikutip di Sabah dan berapa saja Sabahan dapat?
Apakah pembangunan yang ada di Sabah sekarang ini sesuai dengan pendapatan hasil bumi Sabah yang Allah anugerahi untuk rakyat Sabah?
Tidakkan Musa Aman sedar hakikat ini dan lihat saja keperluan seperti jalanraya, letrik dan keperluan air di kampung2/luar bandar benar sudah 90% disediakan seperti Musa Aman kata sebelum ini?
Bagaimana keperluan pembangunan pendidikan dan membasmi kemiskinan di Sabah dan apakah Musa Aman sengaja mahu sembunyikan perkara ini dan terus memuji Najib kesan baru saja diumum dilantik orang Sabah sebagai pengarah Petronas?
Apakah Musa Aman tidak tahu sejak bertahun2 pengarah dan ahli lembaga pengarah petronas dikuasai oleh mereka yang bukan Sabah? kenapa baru sekarang adanya kesedaran kepimpinan di kalangan BN di seberang?
Memang kasus ini sudah disuarakan di kabinet tetapi suara-suara dari Sabah tidak dipedulikan, malah jika lantang menyuarakan itu siap bakal digantung dan dipecat. Inilah cara kabinet di Malaysia.
Sesudah bertahun-tahun barulah konon ada kesedaran dan barulah Najib kasih muka orang Sabah dan selepas ini tidak dipedulikan malah kemiskinan dan kesusahan rakyat Sabah tidak diperhatikan secara serius.
Memang selama ini Sabah dan Sarawak cukup jauh tertinggal dan bila ada suara-suara  pembangkang yang semacam terus berani, barulah Najib melihat ke Sabah dan itupun setelah bertahun-tahun dan rakyat Sabah/Sarawak jauh sangat tertinggal.
Najib jangan fikir orang Sabah dan Sarawak boleh diperbodohkan dengan janji manis dan kelihatannya janji2 Najib termasuk Musa Aman bukan sekali dua dan yang jelas Sabah tetap tidak berubah.
Rakyat Sabah sudah cukup bersabar dan meski apapun janji yang dilontar di Sabah, rakyat Sabah mula bangkit dan mahu perubahan dan rakyat Sabah sudah cukup matang dan tidak punya pilihan lain selain SABAH BERUBAH dan visi singkir kerajaan dan pemimpin korup akan terus dilaksanakan di PRU14 akan datang.
UMNO/BN harus dilenyapkan dari bumi Sabah


No comments:

Post a Comment