KERANA RAKUS/TAMAK PEMIMPIN UMNO/BN TANAH ORANG KAMPUNG KENA MAIN/RAMPAS



OLEH: ISMAILY BUNGSU
 Tuesday August  09/2016

ANAK-ANAK Sabah yang ada sekarang ini biasanya dapat tanah kesan tanah waris hingga kekadang adek beradek bergaduh kesan berebutan.

Di Sabah ini tanah luasnya bukan main tetapi siapa saja yang dapat beribu-ribu ekar kalau bukan pemimpin yang kuasai Sabah ini dan Musa Aman tentu tahu.

Cuba perhatikan sepanjang jalan Ranau-Sandakan-Kinabatangan-Lahad Datu-Tawau-Kalabakan dan terus ke Tenom semula ke Beaufort, adakah milik orang Sabah?

" Soal tanah ini bukan Kuala Lumpur yang lulus tetapi kerajaan pimpinan Musa Aman selaku ketua menteri Sabah" Kata DSSA.

Memang kerajaan pimpinan Musa Aman ada kasih tanah sama orang kampung atas nama "Community Title" sekurang-kurangnya 50 orang untuk satu kelompok atas nama Community Title, tetapi orang kampung tidak dikasih geran dan alasan konon takut orang kampung jual.

" Sebalik orang luar dan kaya dikasih 1000-5000 ekar siap cepat dengan gerannya sekali dan tidak pula mereka takut kena jual" Tambah DS Shafie Apdal.

DS Shafie menjelaskan cara yang dilakukan oleh Musa Aman itu akan diubah dan geran akan dikasih sama orang kampung yang sudah memohon. Itu janji DS Shafie Apdal.


No comments:

Post a Comment