POKEMON GO SEMUA BERHIMPUN DI KUALA LUMPUR



OLEH: NURLIYANA ABDULLAH
Friday August 19/2016

YANG diuarkan mencuri dana 1MDB bakal dipanggil untuk datang ke Mahkamah Los Angeles di Amerika Syarikat dan konon tarikhnya 22 Ogos ini.

Biasanya mahkamah mahu tahu dari mana mereka mendapat dana berbilion untuk membeli harta di negara uncle Sam itu.

Sebenarnya kes ini bukan kes campur tangan asing dan kenyataan PM dan mereka di Malaysia adalah tidak benar dan sengaja mahu memutar fakta.

Mereka yang berkenaan membeli aset di negara Amerika dan adalah kewajiban mereka untuk mahu tahu dari mana dana didapatkan dan peraturan ini bukan saja di Amerika malah di semua negara di dunia termasuk Singapura, Switzerland, Hong Kong termasuk Malaysia sendiri.

Kenyataan konon campur tangan asing terhadap Malaysia adalah tidak benar dan tidak betul. Ini harus rakyat tahu.

Saya ramalkan mereka yang dipanggil tidak akan datang sebab mereka tidak akan dapat menjawab dari mana mereka dapat dana sedemikian banyak dan akhirnya nanti mahkamah akan membuat keputusan untuk terus menyita aset yang mereka beli.

sesudah itu akan dilakukan " Criminal Proceeding" dan ini biasa dilakukan dan rasanya ini juga diyakini mereka yang mencuri khazanah negara tidak akan datang sebab sebaiknya saja datang maka itu akan menyebabkan semua cerita tersebar ke seluruh dunia dan Malaysia lagi TOP sebagai negara no satu dalam dunia SUNGLAP dana rakyat.

Sesudah itu maka barulah nanti POLIS INTERPOL akan digunakan untuk menangkap mereka yang berkenaan dan tentu orang Malaysia kalangan macai-macai akan sebuk mengatakan campur tangan orang asing di Malaysia.

Sekarang menurut kajian POKEMON GO yang bijak mendapatkan lokasi di mana mereka berada jelas sudah diketahui semua mereka itu berkumpul di Kuala Lumpur dan dengar cerita mereka dikawal ketat kesan dikatakan ada campur tangan asing di Malaysia.

Ini kali POKEMON GO bukan jenis yang tak dapat dirasuah dan mereka sudah tahu meski pencuri itu berada dalam tanah tetapi ada yang lagi bijak mengalahkan pokemon Go sebab arab tua yang menderma dan sudah setahun dalam tanah boleh bangun dan menyatakan telah akui menderma 2.6 bilion kepada PM Malaysia dan kemudian kenyataan itu diulang lagi konon kerabat diraja telah mengakuinya.

Berapa jumlah yang didermakan tidak pula disebut dan ini lagi aneh dan pokemon GO terbahak-bahak ketawa mendengarkan jawaban yang sekali lain dan esoknya lagi lain.
Pokemon GO jadi bingung


No comments:

Post a Comment